
Ada yang kata kelibat itu kelihatan seperti ”Kak Ponti”
Bikin Seram Sejuk, Kelibat Putih Dirakam Pemandu Di Bandar Baru Samariang. Baru-baru ini, tular di Facebook serta TikTok video dari dashcam sebuah kenderaan yang telah menangkap kelibat putih sedang terbang.
Dalam video berkenaan, boleh dilihat kelibat putih itu terbang laju lalu menghilang begitu sahaja!
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bandar Baru Samariang, Kuching pada jam 11 malam.

Jalan gelap bikin bertambah seram
Orang ramai yang telah melihat video berkenaan, ada yang berasa seram sejuk (dengan jalan gelap lagi) dan berkata kelibat itu kelihatan seperti pontianak!
Ada pula yang berkata bahawa kelibat putih itu sekadar burung bangau yang pulang lambat sahaja.
Cuba anda komen sikit di media sosial kami kelibat putih tu sebenarnya apa?
