“Bil Elektrik, Air Hasil Infaq Orang Awam..”- AJK Surau Kesal Wanita Halau Jemaah Sedang Beribadat

LocalPolitics
28 Jun 2025 • 12:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan seorang wanita yang menghalau jemaah dari menggunakan Musolla Halaman 11 di Bandar Rimbayu bukanlah keputusan pihak pentadbir atau ahli jawatankuasa (AJK) surau tersebut.

Sebaliknya, AJK Musolla Halaman 11 menegaskan bahawa mereka kesal dengan insiden itu dan membantah sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang tular di media sosial.

“Pendirian kami jelas, musolla (surau) boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk beribadat atau berehat sebentar,” kata mereka dalam satu kenyataan malam tadi.

image is not available

AJK Surau Kesal Wanita Halau Jemaah Sedang Beribadat

Mereka turut memaklumkan bahawa pihak surau telah bertemu dengan pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kawasan perumahan terbabit bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang wanita menegur dan menghalau seorang lelaki yang sedang beriktikaf sambil membaca al-Quran di musolla berkenaan.

Wanita itu turut mengaitkan soal pembayaran bil penyelenggaraan yang didakwa ditanggung oleh penduduk kawasan tersebut.

image is not available

Mengulas perkara itu, AJK memaklumkan bahawa segala kos seperti bil elektrik dan air sebenarnya ditanggung oleh pihak surau sendiri hasil sumbangan (infak) orang ramai, bukan oleh penduduk atau JMB.

“Tindakan untuk kunci musolla sama sekali tidak akan berlaku,” tegas AJK lagi.

image is not available

Meskipun status surau sebagai harta bersama penduduk kawasan adalah benar, AJK menyatakan bahawa ia tetap dibuka untuk tujuan ibadat kepada sesiapa sahaja yang ingin hadir.

Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa memandangkan lokasi surau terletak dalam kawasan berpagar Halaman 11, jemaah luar masih perlu mematuhi prosedur keselamatan sebelum dibenarkan masuk.