Bil Operasi TuJu Mencecah RM300,000 Dalam Sehari Selepas Lebih Sejuta Pengguna – Membuatkan Ciri Navigasi Kini Dialih Ke Google Maps

LocalTechnology
16 Nov 2026 • 7:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TuJu telah menjadi salah satu aplikasi yang mendapat perhatian ramai, selepas Perdana Menteri berkongsi berkenaan dengannya, disamping pada masa yang sama mengharamkan penggunaan aplikasi Waze dalam kalangan penjawat awam. Perkara berkenaan sekaligus meningkatkan pengguna aplikasi TuJu.

Image from: Bil Operasi TuJu Mencecah RM300,000 Dalam Sehari Selepas Lebih Sejuta Pengguna – Membuatkan Ciri Navigasi Kini Dialih Ke Google Maps

Muat-turun aplikasi TuJu dikatakan meningkat sehingga sejuta dalam sehari, sekaligus turut membawa kepada peningkatan kos operasinya yang mencapai lebih RM300,000 dalam masa hanya sehari. Pecahan caj tidak dikongsikan, tetapi ia mungkin berkait rapat dengan penggunaan API untuk Google Maps, dan yang lain berkaitan.

Peningkatan kos ini sekaligus membawa kepada TuJu kini hanya pautkan dan membawa pengguna ke aplikasi Google Maps sebagai alternatif mengurangkan kos buat masa ini.

Pada masa yang sama, ia turut ditekankan yang mana TuJu tidak menggunakan sebarang dana awam dalam pembangunannya. Kos sepenuhnya ditanggung oleh Prosignal, termasuk untuk pembangunan, operasi dan penyeleggaraan aplikasi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved