
TAWAU: Isu pemotongan bekalan elektrik yang menjejaskan 654 orang, termasuk pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Sandakan baru-baru ini akibat tunggakan bil, memerlukan campur tangan Kerajaan Negeri.
Exco Muafakat Mara Malaysia (Exco Hal Ehwal Borneo), Aldam Abdullah berkata, perkara itu memerlukan perhatian kerajaan kerana melibatkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar dan tenaga pengajar serta pihak pentadbir.
Menurutnya, tanpa penyelesaian segera, pihak MRSM khuatir pemotongan bekalan elektrik akan berlaku pada bila-bila masa sahaja berikutan tunggakan bil yang berulang-ulang dan sudah lama berterusan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau turut menyarankan agar Sabah Electricity (SE) mengambil tindakan tegas terhadap SEH Power Sdn Bhd dan bukannya memutuskan bekalan di kawasan Hab Pendidikan Sandakan melibatkan MRSM Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Vokasional dan Politeknik.
“Kita juga mencadangkan agar pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuat pemasangan tenaga solar di sekitar MRSM Sandakan sebagai antara langkah awal menangani isu bekalan elektrik ini.
“Mara melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) juga perlu berunding dengan SE berkenaan kaedah terbaik untuk mengatasi isu pemotongan bekalan elektrik agar tidak lagi berulang sehingga menjejaskan ramai pihak,” katanya kepada Daily Express.
Terdahulu, SE mengeluarkan notis pemotongan bekalan elektrik bertarikh 5 Mei kepada empat institusi pendidikan berikutan masih mempunyai tunggakan dan gagal membuat pembayaran balik tunggakan seperti dipersetujui bersama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).
Notis tersebut menyatakan SE akan melaksanakan pemotongan bekalan di premis-premis tersebut pada bila-bila masa yang bersesuaian, selagi tunggakan masih belum dibayar berdasarkan persetujuan asal.
Sementara itu, Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wadji Dusuki di halaman rasmi Facebook beliau pada 11 Mac lalu menyatakan MRSM tidak pernah culas dalam membayar bil kepada SEH Power Sdn Bhd.
Bagaimanapun, akibat kecuaian syarikat itu yang tidak membayar tunggakan bil kepada SE, bekalan di kawasan Hab Pendidikan Sandakan dipotong.




