“Bila ahli politik bercakap..” – Submariner TLDM buktikan kapal selam boleh menyelam!

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kapal selam kekal menjadi antara aset paling penting dalam mempertahankan keselamatan maritim negara kerana keupayaannya beroperasi secara senyap tanpa dikesan, sekali gus membolehkan pelbagai misi strategik dilaksanakan dengan berkesan.

Image from: “Bila ahli politik bercakap..” – Submariner TLDM buktikan kapal selam boleh menyelam!

Foto arkib: FB Angkatan Tentera Malaysia

Anggota kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Komander Norhasim Nordin berkata, dalam situasi ancaman keselamatan yang semakin kompleks ketika ini, kehadiran kapal selam masih relevan dan memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

“Seperti yang kita cakap, sekarang ini peperangan melibatkan banyak dimensi.
“Kapal selam adalah satu aset yang penting sebab bila kita menyelam, tiada orang tahu kita berada di mana,” katanya menerusi OMM Podcast.

Image from: “Bila ahli politik bercakap..” – Submariner TLDM buktikan kapal selam boleh menyelam!

Beliau berkata, keupayaan beroperasi secara sulit membolehkan kapal selam bergerak ke mana-mana lokasi yang diperlukan tanpa mudah dikesan pihak lawan.

Menurutnya, kapal selam juga mempunyai keupayaan mengesan kapal-kapal permukaan dari jarak jauh serta mengenal pasti jenis kapal yang berada di kawasan operasi.

“Kita boleh pergi ke mana-mana sahaja kita nak pergi.
“Bila berada di dalam air, kita boleh mengesan kapal-kapal permukaan dari jarak yang jauh dan kita boleh kenal pasti kapal apa yang kita kesan.
“Saya nak tekankan di sini betapa pentingnya aset kapal selam tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norhasim turut menolak dakwaan yang sering dimainkan sesetengah pihak bahawa kapal selam TLDM tidak mampu menyelam.

Beliau menjelaskan, tanggapan tersebut timbul kerana pangkalan kapal selam TLDM terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu menyebabkan orang ramai khususnya di Semenanjung jarang berpeluang melihat aset berkenaan.

“Memang siapa yang berada di Semenanjung tak akan nampak kapal selam. Sebab itu ramai hanya melihatnya melalui media sosial,” katanya.
Image from: “Bila ahli politik bercakap..” – Submariner TLDM buktikan kapal selam boleh menyelam!

Foto arkib: Carian Google

Norhasim mengakui stigma berhubung kemampuan kapal selam Malaysia tercetus apabila isu itu dijadikan bahan perdebatan politik sehingga dipercayai sebahagian masyarakat.

“Stigma itu keluar bila ahli politik jadikan perkara ini sebagai isu politik dengan mengatakan kapal selam tak boleh menyelam.
“Bila ahli politik bercakap, orang akan percaya. Sebenarnya benda itu tidak betul pun,” tegasnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman sendiri sebagai bukti bahawa kapal selam TLDM sememangnya beroperasi dan mampu menjalankan misi dalam tempoh yang panjang.

“Saya dah buktikan tadi. Saya pernah melaksanakan latihan menembak misil dan menyelam lebih 20 hari. Itu dah cukup bukti,” ujarnya.

Image from: “Bila ahli politik bercakap..” – Submariner TLDM buktikan kapal selam boleh menyelam!

Mengulas lanjut, Norhasim berkata, beliau kini mengambil peluang berkongsi pengalaman sebenar sebagai anggota kapal selam supaya rakyat Malaysia lebih memahami keupayaan aset strategik negara itu.

“Sekarang ini saya nak maklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa kapal selam Malaysia yang dimiliki TLDM merupakan antara kapal selam terbaik di Asia Tenggara.
“Kita juga mempunyai kru kapal selam yang cukup profesional dan berkemahiran tinggi,” tambah Norhasim.
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved