Bila Bubar Parlimen? Tunggu, Kata PM

LocalPolitics
28 Aug 2022 • 2:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Perdana sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Serdang - Gambar Bernama

SERDANG - “Tunggu…Tunggu… Tunggu…”

Demikian reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya berhubung tarikh pembubaran Parlimen. 

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini. 

Kenyataan Perdana Menteri itu menghangatkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang disebut-sebut bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Desas-desus pembubaran Parlimen untuk membuka laluan kepada PRU-15 mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini, apabila wujud pelbagai desakan agar pilihan raya disegerakan. 

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan.

Beliau memaklumkan, Bajet 2023 akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2002) yang bermula pada 3 Oktober nanti. - Getaran, 28 Ogos 2022