
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut mendapati duit kertas disimpan di dalam tabung menjadi rosak dan berkarat, gara-gara kejadian banjir di rumahnya, kira-kira dua tahun lalu.
Menerusi perkongsian video TikTok Wife Bey Jaa, duit kertas yang rosak itu melibatkan antaranya beberapa keping RM10 dan RM50.
“15 Ogos masa free (lapang) macam rasa nak pergi simpan duit syiling anak-anak kat bank. Bila buka, ya Allah habis.
“Ceritanya, dua tahun lepas rumah kami banjir dan tabung ni memang kat lantai lah. Tak tahu lah pula akan berkarat kat dalam. Lepas dua tahun, baru rasa nak pergi simpan duit anak kat bank. Sekali buka, ujian,” katanya pada bahagian kapsyen.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas, selain ada yang memaklumkan ia boleh ditukar di bank bagi gantian wang kertas baharu.
“Saya duit kena makan anai-anai, ada yang teruk. Tukar dengan bank, dapat penuh,” komen pengguna TikTok @Duniahanyapinjamanshop.
“Boleh tukar lagi tu, janji nombor siri ada,” kata @GeeRantau.
“Lain kali jangan menyimpan dalam bekas besi. Habis turun karat, besi lama-lama berkarat, duit rosak,” komen @Azni Tahadi. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Bila buka tabung, ya Allah… habis’ appeared first on Kosmo Digital.
