“Bila Cium, Kami Kena..” – Akui Gementar, Ahn Bohyun Dedah Kesukaran Rakam Adegan Ciuman

Entertainment
15 Feb 2024 • 2:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Merupakan seorang pelakon berbakat, adegan romantik Ahn Bo-hyun dalam setiap projek pastinya akan sentiasa mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun telah tampil sebagai tetamu dalam program “Strong Heart VS”, bagi mempromosikan drama mereka “Flex X Cop”.

Dalam siaran itu, pengacara bertanya kepada Ahn Bo-hyun,

Adegan mana yang buatkan awak rasa lebih gugup? Adegan ciuman atau adegan mandi?

Jawab lelaki berusia 35 tahun itu,

Secara peribadi, saya lebih gugup merakam adegan ciuman. Jauh lebih gugup. Kerana saya ada pasangan dan tidak melakukannya sendirian. Apabila kami berciuman, kami harus membayangkannya dengan indah. Seperti angle, suntingan, hal-hal seperti itu sangat penting.

image is not available

Sambungnya lagi dengan menunjukkan contoh ketika melakukan penggambaran babak berciuman,

Saya mempunyai tangan yang sangat besar. Saya rasa saya seperti akan mencium awak dan harus melakukannya dengan cantik seperti ini.

Ahn Bo-hyun dah pakar ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.