‘Bila dah berkahwin 2, boleh ke kita berlaku adil?’ – Warga emas nasihati anak muda jangan berkahwin 2

Family & Parenting
5 Feb 2024 • 1:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu poligami merupakan isu yang sensitif untuk dipersoalkan terutamanya kepada kaum wanita. Walaupun poligami bukan satu kesalahan, namun sukar untuk diterima oleh mana-mana wanita.

Kebelakangan isu ini dilihat semakin menjadi perbualan ramai apatah lagi apabila melibatkan pengakuan daripada beberapa pempengaruh. Walaupun dilihat isteri pertama seakan reda dengan pilihan suami, tetapi netizen seolah tidak menerima tindakan tersebut.

Satu temubual yang dipetik dari sebuah portal, bertanyakan isu poligami kepada seorang pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan tersebut yang merupakan seorang warga emas tidak mengamalkan poligami kerana mengakui melihat bapanya sendiri beristeri dua.

“Pakcik tak nak kahwin dua sebab ayah pakcik kahwin dua. Dia kata perkahwinan ni adalah sebuah institusi yang berkaitan dengan mental.

“Bila dah berkahwin dua, kita kena adil. Ingat boleh ke berlaku adil? Kalau banyak duit, bolehla,” katanya.

Warga emas ini turut ditanya mengenai pendapatnya bila melihat golongan muda yang ramai sudah berpoligami.

“Itu silap. Orang muda lagila susah dengan ekonomi sekarang. Kena kerja keras sediakan keperluan untuk keluarga. Perlukan duit dan masa. Bila dah ada anak, kena luangkan masa dengan anak lagi. Kalau tak, anak akan terabai. Nasihat pakcik, janganlah kahwin dua,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan warga emas berkenaan. Hakikat poligami tersebut kata mereka bukan hanya menjejaskan institusi perkahwinan, malahan kesan kepada anak-anak mereka.