“Bila Jauh Tu Dengar Seksi Sangat” – Klip Speaker Dewan Rakyat ‘Potong’ Cakap Fadhlina Sidek Raih Perhatian Netizen

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform media sosial, baru-baru ini, tular klip pendek memaparkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, ‘potong’ percakapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disebabkan tidak kedengaran suaranya.

Tan Sri Johari Abdul dan Fadhlina dianggap tak profesional?

Perkara yang membuatkan video tersebut tular di setiap platform media sosial susulan ayat yang dilontarkan oleh speaker Dewan Rakyat dikatakan tidak profesional untuk digunakan.

Menteri tolong tarik mic dekat mulut sikit. Tak berapa dengar. Bila jauh tu dengar seksi sangat.

Lebih membuatkan situasi itu ‘teruk’ apabila warganet merasakan respon yang diberikan oleh Fadhlina juga tidak sesuai kerana seakan-akan tidak menggambarkan seperti seorang menteri.

Netizen kritik, boleh guna ayat lebih sesuai

Dapat dilihat dalam video yang tular, Fadhlina membalas ayat Johari Abdul dengan mengatakan suaminya melihat live tersebut sambil senyum tersipu malu.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen merasakan ada ayat yang lebih sesuai boleh digunakan oleh Johari Abdul jika mahu menegur Fadhlina.

image is not available

Malah, turut mengkritik tindakan Fadhlina kerana berkelakuan seperti itu.

image is not available 2025-08-21 14:30:48

Sebut Nama Anak Menteri Sabah, Saifuddin Akui Khilaf - "Bukan Anak Datuk Ariffin, Saya Tarik Semula Kenyataan Itu"