“Bila Nak Ada Anak?” – Perlu Hamil Dalam Tempoh Setahun, Pengantin Baru Terkejut Bila ‘Kerajaan’ Call Tanya

28 Oct 2022 • 1:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bagi pasangan pengantin baru, persoalan bila nak dapat anak merupakan satu mimpi ngeri buat pasangan yang belum bersedia dalam hal berkeluarga.

Namun begitu, baru-baru ini, seorang wanita yang baru berkahwin telah terima satu panggilan daripada perkhidmatan kesihatan mengenai status kehamilannya.

Pengantin perlu hamil dalam tempoh setahun

image is not available
A close-up of tiny baby feet

Di China, satu catatan telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Weibo menceritakan bahawa rakan sekerjanya itu telah ditelefon oleh perkhidmatan kesihatan wanita kerajaan bandar Nanjing.

Wanita itu dimaklumkan bahawa kerajaan mahu pengantin baharu perlu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan kepadanya setiap tiga bulan.

Hal ini berlaku kerana Presiden China, Xi Jinping telah mengisytiharkan bahawa China akan mewujudkan dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan menambah baik strategi pembangunan penduduk negara itu.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.