“Bila Saya Sendiri, Saya Tahu Tak Menjadi..” – Shuib Tak Tolak Sekiranya Diundang Kembali Dalam Sepahtu Reunion

Entertainment
29 Mar 2024 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak Shuib terbuka untuk menerima tawaran kembali beraksi bersama-sama kumpulan Sepahtu dalam rancangan Sepahtu Reunion sekiranya diberikan peluang di masa akan datang.

Terima apa yang ada

Melalui sebuah podcast bersama Borak Kaypoh, Shuib mendedahkan dirinya tiada sebarang masalah untuk menyertai rancangan Sepahtu Reunion andai ditawarkan dan sudah menjadi ketentuan. Namun, dirinya tidak memaksa sebaliknya menyerahkan semua kepada kehendak Allah SWT.

Kehidupan ini penuh dengan kejutan, kita tak tahu. Keputusan yang saya buat dulu mungkin saya rasa ianya adalah keputusan yang mutlak dan betul tapi saya tak tahu ke depan apa yang Allah nak sajikan untuk saya.

 

Jadi saya akan menerima apa yang Allah sajikan untuk saya. Selagi mana benda itu saya rasa ada kebaikan untuk saya dan mungkin Allah berkehendak begitu, saya akan ikut.

Karya terbaik

Selain itu, pelawak ini juga tidak menafikan dia akan merasa teruja jika dapat kembali dalam Sepahtu Reunion memandangkan rancangan terkenal itu merupakan salah satu karya terbaik yang pernah dilakukan sepanjang dirinya berada dalam dunia komedi.

Kalau katalah suatu hari saya ada di Sepahtu Reunion balik, saya mungkin akan rasa seronok.

 

Saya ada dalam industri sudah 12, 13 tahun. Saya rasa itu adalah buah tangan atau karya yang terbaik pernah saya ada.

 

Bila saya sendiri, saya tahu tak menjadi, tempang juga nampaknya. Saya terima kenyataan itu.

Terdahulu, Shuib dikatakan telah menarik diri dari rancangan komedi tersebut rentetan isu kontroversi lakonan babak lucah yang menerima kecaman hebat daripada penonton dan pengguna media sosial.

image is not available 3 days ago

"Semoga Kekal Istiqamah" - Sedar Dosa Tak Tutup Aurat, Penampilan Bertudung Anak Gadis Shuib Curi Perhatian