‘Bila sebut Rahmah, teringat Allahyarham Salahuddin Ayub’ – Hannah Yeoh

LocalFood
27 Aug 2026 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Legasi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam memperjuangkan akses makanan pada harga berpatutan terus dikenang apabila inisiatif Set Kombo Rahmah RM4.90 diperkenalkan Petron Malaysia di 177 stesen terpilih sekitar Lembah Klang.

Image from: ‘Bila sebut Rahmah, teringat Allahyarham Salahuddin Ayub’ – Hannah Yeoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, setiap kali menyebut mengenai inisiatif Rahmah, beliau pasti teringat kepada Allahyarham Salahuddin yang memperkenalkan Menu Rahmah sebagai usaha membantu rakyat mendapatkan makanan pada harga mampu bayar.

“Bila sebut Rahmah, saya terus teringat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
“Menu Rahmah adalah antara usaha yang beliau perkenalkan supaya rakyat masih ada pilihan makanan pada harga yang mampu dibayar.
“Allahyarham juga seorang sahabat yang sangat saya hargai,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Image from: ‘Bila sebut Rahmah, teringat Allahyarham Salahuddin Ayub’ – Hannah Yeoh

Menurut Hannah, walaupun Allahyarham Salahuddin sudah tiada, usaha yang dimulakannya masih diteruskan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Orangnya mungkin sudah tiada bersama kita tetapi usaha yang beliau mulakan masih memberi manfaat kepada rakyat hari ini.
“Saya gembira melihat Petron meneruskan semangat itu,” ujarnya.

Image from: ‘Bila sebut Rahmah, teringat Allahyarham Salahuddin Ayub’ – Hannah Yeoh

Dalam hantaran sama, Hannah berkata, harga RM4.90 mungkin kelihatan kecil, namun tetap memberi makna kepada keluarga yang perlu mengira setiap ringgit dalam perbelanjaan harian.

“RM4.90 mungkin nampak kecil tetapi bagi keluarga yang mengira setiap ringgit, ia tetap membantu.
“Terima kasih Petron Malaysia kerana memperkenalkan Set Kombo Rahmah RM4.90 di 177 stesen terpilih sekitar Lembah Klang,” kata Hannah.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved