“Bila Semuanya Sudah Sedia” – Keith Foo Semakin Hampir Peluk Islam?

LocalEntertainment
25 Aug 2025 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Keith Foo menafikan khabar angin yang mendakwa dia sudah memeluk Islam selepas menjalinkan hubungan romantik dengan aktres Riena Diana. Namun, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 42, mengakui bahawa proses ke arah itu semakin hampir.

Katanya ringkas kepada mStar,

Belum lagi, rasanya maklumat itu tidak tepat. Biasalah, orang suka buat cerita.

image is not available

Ditanya tentang perasaan debaran, Keith menjelaskan bahawa mereka sedang merancang dengan teliti sebelum mengumumkan sebarang berita. Tambahnya,

Lebih kurang sudah hampir. Bila semuanya sudah sedia, pasti semua akan tahu juga. Semuanya dalam perancangan, saya akan berkongsi nanti,.

Sebelum ini, Riena mendedahkan menerusi temubual bersama mStar bahawa Keith sedang mendalami agama Islam sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Malah, Riena turut sudah menyiapkan nama Islam untuk kekasih hatinya itu.

Untuk rekod, hubungan cinta Keith dan Riena bermula sekitar Jun 2024 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran drama Salju Rindu, dan sejak itu mereka kerap berkongsi momen mesra bersama di media sosial sebagai sebahagian daripada tuntutan kerja.

image is not available 2025-08-25 11:06:01

Keith Foo Akui Sudah Temui Pasangan Hidup - "Dah Dapat Dah Riena"