“Bila Tiada Pegangan, Banyak Hal Tak Stabil” – Hadir ‘Hijrah Cinta’, Jasmine Suraya Rupanya Enggan Tonjolkan Diri

23 Aug 2022 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak tiga tahun yang lalu, pelakon Jasmine Suraya Chin tidak menafikan dirinya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hal agama Islam dengan lebih mendalam.

Bahkan, kehadiran Jasmine di majlis Hijrah Cinta Neelofa baru-baru ini turut telah menarik perhatian orang ramai biarpun hanya ingin datang secara senyap-senyap.

Menurut Jasmine ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, hal yang dilakukan ini merupakan suatu perkara bersifat peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tidak stabil.

Difahamkan, dia pada mulanya ingatkan majlis tersebut menceritakan kisah cinta tetapi rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan dengan kisah nabi.

Dalam pada masa yang sama, Jasmine turut berasa terharu apabila rakan-rakan selebriti yang mengenalinya sangat mengalukan-alukan kehadiran beliau di majlis ilmu terbabit.

Sebelum ini, Neelofa ada mengadakan majlis khas untuk rakan selebriti wanita. Selain Jasmine, rakan selebriti lain yang turut hadir ialah Amyra Rosli, Ika Nabella, Izara Aishah, Zulin Aziz dan ramai lagi.

image is not available 4 hari lalu

"Dia Orang 'Last' Tinggalkan Majlis.." - Neelofa Anjur Majlis Agama, Teruja Jasmine Suraya Turut Hadir