
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solat sememangnya wajib dilakukan oleh setiap umat Islam, namun terdapat kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT dalam melaksanakan ibadah ini khususnya dalam beberapa keadaan.
Sebagai contoh individu yang sedang bermusafir melebihi 2 marhalah (sekitar 90 kilometer) dibolehkan untuk melakukan solat jamak dan qasar.
Dr Zulkifli jelaskan bila boleh atau tak boleh buat solat jamak dan qasar
Baru-baru ini bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menerangkan bilakah waktu seseorang boleh atau tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar.
Menerusi hantaran dikongsikan di Threads, Dr Zulkifli mengulas perkara itu disebabkan kini tibanya musim cuti sekolah serta Raya Aidiladha tidak lama lagi pasti ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bercuti bersama keluarga.
Katanya apabila membicarakan mengenai perjalanan jauh atau musafir, antara persoalan yang sering ditanyakan ialah berhubung cara menunaikan solat ketika bermusafir.
“Kali ini, kita akan membincangkan satu isu yang agak menarik, iaitu hukum solat musafir bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu tempat tinggal,” jelasnya.
View on Threads
Jika rumah adalah watan maka tak boleh jamak dan qasar kerana tak lagi dikira bermusafir
Dalam hantaran itu, Dr Zulkifli turut memberikan satu contoh kronologi kes bagi memudahkan orang untuk memahami.
“Syakir merupakan seorang guru yang bertugas di Kuala Lumpur. Beliau menyewa sebuah rumah di Kuala Lumpur. Manakala isteri dan anak-anaknya menetap di Melaka di sebuah rumah yang dibelinya. Setiap minggu, Syakir akan pulang ke Melaka selama dua hari untuk bersama keluarganya.
“Persoalannya, adakah Syakir boleh melakukan solat jamak dan qasar ketika berada di rumahnya di Melaka?
“Jawapannya, apabila Syakir sampai ke rumahnya di Melaka, dia tidak lagi dianggap sebagai musafir kerana rumah tersebut merupakan watan baginya. Oleh itu, dia tidak boleh melakukan solat qasar dan tidak boleh menjamakkan solat kerana sebab musafir.
“Watan bermaksud tempat tinggal atau tempat seseorang menetap yang dinisbahkan kepadanya sebagai tempat kediaman,” katanya.
View on Threads
فَإِنْ كَانَ أَهْلُهُ بِبَلَدٍ وَمَالُهُ بِبَلَدٍ اُعْتُبِرَ مَا فِيهِ أَهْلُهُ
Maksudnya: “Jika keluarganya berada di satu negeri dan hartanya berada di negeri yang lain, maka yang diambil kira ialah tempat keluarganya berada.”(Rujuk al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, hlm. 362)
Begitu juga Imam al-Nawawi رحمه الله menyebut:
وَإِذَا مَرَّ فِي سَفَرِهِ بِوَطَنِهِ انْقَطَعَ التَّرَخُّصُ بِلا خِلَافٍ
Maksudnya: “Apabila seseorang melalui atau sampai ke watannya ketika bermusafir, maka terputuslah segala rukhsah musafir tanpa khilaf.”
View on Threads
Individu kerja di perantauan tapi ada isteri dan anak di tempat lain maka kawasan itu dikira watan buatnya
Oleh itu, mereka yang bekerja di perantauan namun mempunyai isteri dan juga anak-anak yang masih menetap di kampung halaman atau rumah keluarga yang menjadi tempat mereka sentiasa kembali, maka tempat itu ada kedudukan sebagai watan buatnya.
“Apabila sampai ke sana (rumah isteri dan anak menetap), gugurlah hukum musafir dan hendaklah menunaikan solat secara sempurna,” ujarnya lagi.
View on Threads
Boleh jamak dan qasar jika sudah berazam untuk bermastautin di tempat baru dan tidak pulang ke kampung halaman kecuali sekadar ziarah
Perkara sama turut ada dijelaskan oleh Ustaz Jafri Mahmoodi yang memberikan contoh jika pulang beraya ke kampung.
“Boleh ke seseorang yang bekerja ataupun berpindah duduk di satu tempat lain. Kemudian bila dia balik semula ke kampung halaman, rumah mak ayah, yang dia asal dekat tempat situ boleh tak dia nak jamak qasar bila perjalanan di antara dua tempat ini melebihi daripada dua marhalah?
“Jawapan dia bergantung kepada niat dia ataupun perancangan dia atau keazaman dia untuk duduk di tempat baru tersebut.”
Menurut beliau jika seseorang itu berpindah ke tempat baru itu dan tidak mempunyai niat untuk jadikan tempat tersebut untuk mastautin yang baru.
Bahkan individu itu berniat untuk tidak kembali ke kampung halaman kecuali sekadar menziarah kedua ibu bapa.
Oleh itu, kampung halaman tersebut bukan lagi watan asli individu berkenaan. Maka sekiranya individu itu pulang ke kampung, dia layak untuk jamak serta qasar solat ketika berada di kampung.
@jafrimahmoodi_off Persoalan bila balik beraya kat kampung, boleh tak solat jamak dan qasar kat rumah mak ayah kita sendiri? Rumah kampung halaman kita dulu. #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official



