Bilik bersih, baju Melayu semua wangi, anak pilu bapa hilang 11 hari ditemui tidak bernyawa. 'Ayah pergi tanpa kami di sisi'

22 Jun 2026 • 10:44 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bilik bersih, baju Melayu semua wangi, anak pilu bapa hilang 11 hari ditemui tidak bernyawa. 'Ayah pergi tanpa kami di sisi'

TEMPAT sembahyangnya bersih, al-Quran, kopiah semuanya tiada habuk dan baju Melayunya semua wangi..."

Itu antara perubahan terakhir yang ditinggalkan oleh Asmadi Ibrahim, 58, sebelum dia dilaporkan hilang selama 11 hari dan akhirnya ditemui meninggal dunia dalam sebuah kebun getah di Felda Teloi Timur,  Sik, Kedah Ahad lalu.

Anaknya, Nurul Atirah Nadira, 23, mengakui terkejut dengan penemuan jasad bapanya kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, namun dalam masa yang sama berasa syukur dan reda kerana penantian penuh debaran mereka sekeluarga akhirnya terjawab.

"Setiap hari kami bimbang memikirkan keadaan ayah, selamat atau tidak. Tapi bila dah jumpa, Alhamdulillah... terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari ayah," katanya dengan nada sebak.

Menurut Nurul Atirah yang tinggal di Kuala Lumpur , kali terakhir dia menemui bapanya adalah ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu. Ketika itu, bapanya kelihatan sangat gembira melayan cucu-cucu dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik atau mengadu sakit.

Image from: Bilik bersih, baju Melayu semua wangi, anak pilu bapa hilang 11 hari ditemui tidak bernyawa. 'Ayah pergi tanpa kami di sisi'

Artikel berkaitan:

"Bilik ayah bersih, tersusun rapi, tempat sembahyangnya bersih, al-Quran, kopiah semuanya tiada habuk, baju Melayunya semua wangi, tempat tidurnya kemas elok berbanding sebelum ini keadaannya agak bersepah.

"Ayah tiada sebarang penyakit, saya sedih kerana ayah pergi tanpa kami di sisinya namun reda dengan ketentuan Ilahi," katanya

Image from: Bilik bersih, baju Melayu semua wangi, anak pilu bapa hilang 11 hari ditemui tidak bernyawa. 'Ayah pergi tanpa kami di sisi'

Terdahulu, Asmadi dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang motosikal untuk mencari rumput bagi dijadikan makanan kambing peliharaannya.

Sepanjang 11 hari kehilangan mangsa, pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh ahli keluarga termasuk mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat demi keselamatan mangsa. 

Jasad mangsa ditemui berhampiran motosikal Modenas Kriss miliknya di dalam kawasan kebun getah berkenaan pada Ahad.

"Ayah tiada sebarang penyakit. Saya sedih sebab ayah pergi tanpa kami di sisi, namun kami reda dengan ketentuan Ilahi," tambah Nurul Atirah lagi.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Teloi Timur sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian