Bilik Bertiga Beri Keselesaan Lebih Baik Untuk Pengembara

Travel
29 Jul 2026 • 2:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Bagi mereka yang gemar melancong bertiga, sama ada pasangan bersama seorang anak, tiga adik-beradik atau tiga sahabat, mencari bilik hotel yang benar-benar sesuai kadangkala menjadi cabaran. 

Kebanyakan hotel menawarkan pilihan satu katil bersaiz king atau dua katil single, manakala tetamu ketiga pula perlu menggunakan katil tambahan.

Walaupun ia dilihat sebagai penyelesaian yang mudah, pengalaman menginap dengan katil tambahan tidak semestinya selesa. 

Sebaik sahaja katil ekstra dimasukkan ke dalam bilik, ruang yang sebelum ini luas mula terasa sempit. Pergerakan menjadi lebih terbatas, lebih-lebih lagi jika membawa bagasi besar atau menginap untuk beberapa malam.

Bukan itu sahaja, katil tambahan juga tidak semestinya menawarkan tahap keselesaan yang sama seperti katil utama. Ada yang menggunakan tilam lebih nipis atau katil lipat, sekali gus menjejaskan kualiti tidur. 

Bagi tetamu muslim pula, ruang yang semakin terhad turut menyukarkan urusan menunaikan solat dengan lebih selesa.

Atas sebab itu, bilik yang sememangnya direka untuk tiga orang dilihat sebagai pilihan yang lebih praktikal. Selain ruang yang kekal selesa, setiap tetamu menikmati katil, tilam dan bantal yang setanding tanpa perlu bergantung kepada katil lipat atau katil tambahan. 

Image from: Bilik Bertiga Beri Keselesaan Lebih Baik Untuk Pengembara

Pengalaman menginap juga menjadi lebih selesa kerana tiada lagi keperluan untuk menyusun semula perabot atau berhati-hati ketika bergerak di dalam bilik.

Pilihan seperti ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada keluarga kecil, malah sesuai untuk rakan-rakan yang ingin berkongsi kos penginapan tanpa perlu menempah dua bilik berasingan. 

Ia menjadi penyelesaian yang lebih praktikal, terutama ketika bercuti selama beberapa hari.

Four Points By Sheraton Phuket Patong Beach Resort Ada Bilik Bertiga

Menyedari keperluan tersebut, Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort di Phuket memperkenalkan Superior Triple Room, kategori bilik yang direka khusus untuk tiga tetamu. 

Berbeza dengan bilik biasa yang memerlukan katil tambahan, bilik ini menawarkan susunan tempat tidur yang lebih praktikal tanpa menjejaskan keluasan ruang, sekali gus memastikan setiap tetamu menikmati tahap keselesaan yang sama sepanjang penginapan.

Image from: Bilik Bertiga Beri Keselesaan Lebih Baik Untuk Pengembara

Terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Patong, resort ini menawarkan lokasi yang strategik untuk meneroka pelbagai tarikan di sekitar Phuket, termasuk restoran, pusat beli-belah dan kehidupan malam yang menjadi identiti kawasan tersebut. 

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti beberapa kolam renang, pusat kecergasan 24 jam serta pilihan restoran termasuk Chao Leh Kitchen, Sears & Co. Bar and Grill dan The Deck Beach Club Patong yang menyajikan hidangan tempatan serta antarabangsa.

Image from: Bilik Bertiga Beri Keselesaan Lebih Baik Untuk Pengembara

Selain ruang yang direka khusus untuk tiga orang, Superior Triple Room turut dilengkapi kemudahan seperti akses internet percuma, kemudahan membuat kopi dan teh serta ruang yang selesa untuk berehat selepas seharian menikmati pantai atau meneroka keindahan Phuket. 

Dengan konsep ini, keluarga kecil dan kumpulan rakan tidak lagi perlu berkompromi dengan ruang atau keselesaan hanya kerana mengembara bertiga. - Getaran, 29 Julai 2026

Foto : Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved