Bilik Gerakan BN Arau akan dibuka semula

Politics
6 Nov 2022 • 6:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rozabil Abd Rahman. - Foto Bernama

ARAU - Bilik Gerakan BN Arau akan dibuka semula dalam masa terdekat setelah ditutup pada 1 November lepas.

Calon BN bagi Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu agar bilik gerakan tersebut dibuka semula.

"Berdasarkan sambutan yang diterima semasa sesi bertemu pengundi dalam masa dua tiga hari ini, ramai yang meminta agar saya membuka semula bilik gerakan BN di Arau ini dan hanya sebilangan kecil yang menolak,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Rozabil berkata, beliau yakin ramai yang masih menyokong dan setia kepada parti walaupun mereka keliru pada peringkat awal setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan untuk terus kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Calon Pakatan Harapan, Fathin Amelina Fazlie turut mengumumkan bertanding bagi merebut kerusi itu. - Bernama