Bilik Pameran Baharu: GWM Malaysia Buka Pusat 3S Di Melaka

LocalCars
30 May 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GWM Malaysia melebarkan rangkaiannya apabila membuka bilik pameran 3S di Melaka, baru-baru ini.

Bilik pameran yang terletak di atas tanan keluasan 3,949 kaki persegi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang mempamer kenderaan, ruang menunggu pelanggan, serta dua ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 104 kenderaan sebulan.

image is not availableimage is not available

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pembukaan bilik pameran itu merupakan langkah penting untuk memperkukuh rangkaian serta ia boleh diakses pelanggan dengan mudah.

Kami yakin bahawa bilik pameran ini akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan menyokong pertumbuhan jangka panjang kami di kawasan tersebut," katanya.

image is not available

Bilik pameran itu terletak di No2A, Jalan Malim Jaya 2/1, Taman Malim Permai, Melaka.

Dengan pembukaan cawangan di Melaka itu, GWM Malaysia kini mempunyai 26 bilik pameran dan pusat servis di seluruh negara.

Untuk makluman, GWM ada menawarkan promosi selepas jualan iaitu:

Pemeriksaan kereta secara percuma Diskaun 20% untuk alat gantiDiskaun 20% untuk alat ganti pakai dan lusuhDiskaun 20% untuk barangan rasmi GWM

Untuk maklumat lanjut, layari www.gwm.com.my.