Bilik penuh permainan dan dekorasi comel, ini 7 lokasi wajib singgah sempena cuti sekolah

25 Aug 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BAYANGKAN bilik penginapan yang anda booking penuh permainan dan dekorasi comel!

Bukan setakat ibu bapa, anak-anak pun teruja untuk bermain sampai puas. Silap hari bulan, mereka tak mahu balik pula

Apa kata, cuti sekolah yang bermula esok diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya berlibur di destinasi percutian yang memiliki keistimewaan khas buat kanak-kanak.

Boleh diibaratkan syurga buat si kecil untuk bermain, berehat dan melakukan pelbagai acara untuk bonding time bersama.

Sekarang ini, sudah banyak kamar hotel atau vila yang menawarkan konsep khas untuk anak-anak.

image is not available

Tidak hanya menawarkan kemudahan kolam mandi, malah bilik dihiasi dengan permainan lengkap khemah istana.

Tak kurang juga, katil direka khas siap dengan papan gelongsor ala mini permainan.

 

Carian SinarPlus mendapati, dekorasi sedemikian sudah diperkenalkan dan menjadi konten di media sosial.

Berikut tujuh tempat yang boleh kalian pertimbangkan untuk bercuti nanti:

image is not available

1. Holiday Inn Melaka
Alamat: Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Holiday Inn Melaka
Instagram: @HolidayInnMelaka

image is not available

2. Furama Bukit Bintang
Alamat: 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Instagram: @furama_bukit_bintang

3. Granite Luxury Hotel
Alamat: 191, Jalan Magazine, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: The Granite Luxury Hotel
Instagram: @thegraniteluxuryhotel

image is not available

4. Cozy De Rio Private Pool Villa
Alamat: 2, Jalan DI 20, Durian Tunggal, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Cozy De Rio Private Pool Villa Melaka
Instagram: @cozyderio_privatepoolvilla

image is not available

5. Hotel Olympic
Alamat: Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Hotel Olympic Malaysia
Instagram: @hotel_olympic_malaysia

image is not available

6. Hotel Legoland
Alamat: 7, Jalan Legoland, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: LEGOLAND Malaysia
Instagram: @legolandmalaysia

image is not available

7. Park Royal Collection
Alamat: Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: PARKROYAL COLLECTION
Instagram: @parkroyalcollectionkl

Wow! Bukan kaleng-kaleng rekaan setiap bilik. Padanlah antara senarai di atas menjadi tumpuan ramai walaupun hanya untuk staycation.

Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti, bolehlah pilih lokasi yang mungkin berhampiran.

image is not available

Tak perlu pergi jauh untuk menghiburkan hati anak-anak, asalkan kita ada plan bajet pun sudah memadai.

Okey! Selamat bercuti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang