Bilik Perawat Perubatan Islam Terbakar Kerana Wireless Charger, Guna Sebaldi Air Rawatan Untuk Padamkan Api

LocalTechnology
24 Sep 2024 • 12:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang perawat perubatan Islam berkongsi kisah apabila bilik di rumahnya terbakar.

Difahamkan kejadian ini berlaku, kerana pengecas telefon bimbit tanpa wayar (wireless charger) tiba-tiba meletup.

@pewarisnurinyaqin

Alhamdulillah . Allah Masih selamatkan nyawa anak saya serta harta benda, Angkara CHAGER phone bilik terbakar Api amat marak didlm bilik dgn asap hitam, Pandangan amat terhad dengan sukar untuk bernafas,Didalam kelam kabut saya telah ambil sebaldi air syifa yg telah disediakan syukur dgn satu jirusan API terus teradam. Walaupun dgn api amat besar . Pengalaman ini telah mengajar saya utk berhati2. Terima kasih pada Bomba dan jiran2 yg datang prihatin dan beri makanan #bombasentul #sentul #kebarakan #urutmuslimah #rawatanmuslimah #perubatanislamviral #saka #fypシ゚viral #perubatan #fy #fypシ゚

♬ Islam – Lafina

Menerusi laman TikTok YM.Pangeran Hisyam Al-Haj, dia berjaya memadamkan api tersebut dengan menggunakan sebaldi air rawatan yang pada mulanya ingin digunakan untuk merawat pesakitnya.

Alhamdulillah, Allah masih selamatkan nyawa anak saya serta harta benda. Angkara charger phone, bilik terbakar. Api marak di dalam bilik dengan asap hitam.

Pandangan amat terhad dan sukar untuk bernafas. Dalam kelam kabut saya ambil sebaldi air rawatan yang sudah disediakan, syukur dengan satu jirusan api terus terpadam.

Apa yang lebih mengharukan, apabila di dalam video tersebut dia menunjukkan jiran-jiran yang sebelum ini tidak dikenalinya datang untuk bertanyakan keadaannya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: YM.Pangeran Hisyam Al-Haj


View Original Article