Bilionair Suka Beli Kelab Bola, Kenapa Ya?

Entertainment
25 Aug 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Bilionair Suka Beli Kelab Bola, Kenapa Ya?

Photo by Dustin Demmerle from Pexels

Apabila wang bukan lagi menjadi masalah, hampir semua benda di atas muka bumi ini boleh dibeli. Adakah kerana mereka sudah tiada apa untuk dikejar? Untuk rakyat marhaen seperti kebanyakan orang, wang adalah masalah utama mereka. Tapi secara logiknya, rakyat marhaen inilah yang menjana pendapatan untuk ahli perniagaan dan billionair.

Inilah alasan yang munasabah kenapa bilionair sanggup melaburkan untuk membeli sebuah kelab bola. Kelab bola adalah sebuah perniagaan yang sangat menjana keuntungan. Bayangkan sebuah kelab bola yang terbesar mempunyai peminat yang mencecah billion setiap tahun. Jikalau kita berjaya kutip RM1 sahaja dari seorang peminat, ianya sudah mencecah RM1 billion ringgit kutipan!

Ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia bola sepak. Saban hari, bola sepak menjadi sesuatu yang sangat dekat dihati peminat sehingga ada peminat sanggup bergaduh untuk kelab mereka sendiri. Orang kata ‘mati hidup kerana bola’.

Selain itu, memiliki kelab bola sepak juga menaikkan reputatsi bilionair itu sendiri. Zaman media sosial adalah zaman yang kepoh, di mana semua orang mahu mencari siapa di belakang tabir sesuatu perniagaan berjaya. Dengan itu, ramai akan beranggapan perolehi kelab bola sepak dianggap berjaya dan jenama lain di bawah perniagaan bilionair tersebut menjadi lebih laris.

Antara faktor mengapa kelab bola sepak dimiliki oleh jutawan luar ialah kerana persaingan yang sihat di kalangan mereka. Dalam dunia jutawan, tekanan positif adalah menjadi budaya dalam komuniti mereka. Mungkin rakyat marhaen kurang faham, tetapi itulah yang menjadi resipi mereka untuk berjaya.

Untuk memiliki, sebenarnya memerlukan banyak komitmen untuk menguruskan kelab bola sepak. Namun begitu, itulah resam dunia di mana risiko akan diambil untuk membuahkan hasil yang lebih besar akan datang. Dalam dunia sukan bola sepak, minat yang mendalam menjadi suatu kemestian untuk menjadikan sebuah kelab bola sepak yang berjaya.

Lihat sahaja Tengku Mahkota Johor, Roman Abramovich dan jutawan dari negara Arab yang memberi apa sahaja yang diperlukan untuk kelab milik mereka untuk berjaya.


Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.