“Billboard koyak, bendera dicampak ke longkang, tapi semangat saya takkan patah”: Arthur Chiong

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 2:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: “Billboard koyak, bendera dicampak ke longkang, tapi semangat saya takkan patah”: Arthur Chiong

KULAI - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan sabotaj ke atas bahan kempennya.

Beliau mendedahkan bendera parti dicampakkan ke dalam longkang, manakala beberapa papan tanda (billboard) kempen turut dikoyakkan dalam kejadian di Kampung Sri Paya, semalam.

Susulan itu, Arthur berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Air Bemban bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kejadian sama juga berlaku di Taman Putri, billboard dan bendera kena sabotaj. Bagaimanapun, setakat ini kita tidak tahu siapa pelaku,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama N.51 Bukit Batu, hari ini.

Meskipun berdepan provokasi sedemikian, Arthur menegaskan perkara itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berkempen bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau menyeru semua pihak agar mengamalkan politik matang dan berkempen secara harmoni tanpa melibatkan unsur permusuhan atau khianat.

DUN Bukit Batu menyaksikan persaingan lima penjuru melibatkan Arthur (PH‑PKR), R. Kumaran (BN‑MIC), M. Premanand (MUDA), G. Tamili (Bersama) serta calon Bebas, Kamaruzaman Ali.

PRN Johor ke‑16 menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai dan pengundian awal pada 7 Julai. - 5 Julai, 2026

The post “Billboard koyak, bendera dicampak ke longkang, tapi semangat saya takkan patah”: Arthur Chiong appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved