Bimbang Akidah Terpesong, Ellie Suriaty Mohon Keampunan Bawa Watak Ketua Ajaran Sesat – “Memang Akan Berdoa Panjang”

EntertainmentPolitics
24 Sep 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, pelakon, Ellie Suriaty sama sekali tidak mengambil ringan setiap watak yang dilakonkan, lagi-lagi apabila perlu melakonkan peranan sebagai ketua ajaran sesat menerusi drama Ibu Aji.

Ellie amalkan doa, bimbang akidah terpesong

Menurut Ellie, kerana bimbang jika akidahnya terpesong, pelakon itu mengamalkan doa serta memohon keampunan sebelum melangkah ke set penggambaran.

Setiap kali saya masuk set, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah SWT berulang kali. Saya juga minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

image is not available

Sewaktu ditemubual, Ellie juga memberitahu doa yang dibacakan kadang kala terlalu panjang hingga mengambil masa sepanjang perjalanan dari rumah ke lokasi penggambaran.

Sudah siap sedia dikecam netizen

Katanya lagi, tindakan tersebut diambil kerana enggan berasa tidak mampu untuk menyampaikan watak dengan baik.

Bila tiba di set saya juga akan diam-diam tanpa bercakap dengan orang kerana doa saya tak habis lagi. Baru saya lapang dada untuk teruskan kerja. Kalau tidak saya akan rasa tersekat dan ia tak boleh lepas.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, aktres itu berkata dia sudah siap sedia dengan kecaman orang ramai dengan hasil lakonannya dalam drama ini.

Saya terima watak ini bukan untuk dapat kecaman tapi sebab rasa tanggungjawab itu lebih besar.

image is not available 2025-07-13 10:55:46

"Puan Dee Pakai Baju Jaring-Jaring & Dalam Tak Pakai Apa-Apa.. Padahal Masing-Masing Dah Bersuami" - Bekas Staf 'Program Motivasi Wanita'