

Bimbang Kandungan Lucah Mudah Diakses, Ibu Bapa Wajib Buat “Setting” Ini Pada Phone Anak
Penggunaan internet pada masa kini dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur dilihat semakin membimbangkan sekiranya tiada kawalan rapi yang dilakukan. Apa tidaknya, semua perkara sudah boleh diakses, malah yang lebih parah apabila kanak-kanak juga sudah terdedah dengan pelbagai akses carian yang tiada had. Lebih membimbangkan sekiranya kanak-kanak terdedah kepada kandungan yang tidak senonoh seperti kandungan lucah yang secara tidak langsung boleh mengganggu pemikiran mereka.
Khuatir akan perkara inilah, The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) telah menyuarakan bahawa kandungan untuk kanak-kanak perlu dikawal selia dengan baik kerana terdapat sesuatu tema kandungan yang mampu menggugat perlakuan dan pemikiran mereka.
Bergelar sebagai ibu bapa, perkara sebegini tidak boleh diambil ringan kerana boleh memberikan kesan buruk kepada anak-anak. Disebabkan itu, ibu bapa perlu tegas ‘membanteras’ perkara sebegini daripada terdedah kepada anak-anak. Kini, seiring dengan pelbagai kemudahan di internet, terdapat juga pelbagai cara nak pastikan telefon pintar yang diakses oleh anak tidak terdedah kepada kandungan melampau termasuklah kandungan lucah.
Pantau, Kawal Akses Internet Di Telefon Pintar Anak
Salah satu cara terkenal untuk memastikan anak tidak terdedah kepada perkara-perkara tidak sepatutnya di media sosial adalah dengan penggunaan aplikasi Family Link. Kenapa aplikasi ini sering menjadi pilihan dan menjadi saranan di dalam artikel ini?
Aplikasi Family Link sebenarnya dapat digunakan untuk memantau peranti lain khususnya yang digunakan anak dengan mengawal Google Play, Chrome dan juga perkhidmatan lain. Sebagai contoh, apabila ibu bapa menetapkan had umur terhadap sesuatu aplikasi, anak anda tidak akan menjumpai aplikasi atau kandungan yang melebihi had umur yang ditetapkan.
Perkara pertama yang perlu ibu bapa lakukan adalah untuk memuat turun aplikasi Google Family Link for Children & Teenagers.
Di peranti ibu bapa

Di Peranti Anak


Di peranti ibu bapa

Di peranti anak

Di peranti ibu bapa

Apa yang lebih penting, anda boleh menapis akses anak anak terhadap Google Chrome, carian di Google Search, Youtube dan sebagainya.

Buat Laporan Untuk Padam Kandungan Langgar Etika
Untuk ibu bapa, jangan tidak tahu yang anda juga boleh bertindak dengan membuat aduan terhadap kandungan yang dianggap tidak beretika atau kurang sopan. Caranya adalah dengan menyalurkan aduan anda kepada Biro Aduan CMCF atau dengan menghantar aduan dalam bentuk emel ke complaints@contentforum.my . Secara alternatif, anda juga boleh membuat aduan ke MCMC melalui portal Aduan MCMC. Sekiranya kandungan tersebut didapati melanggar undang-undang atau garis panduan yang ditetapkan di dalam Kod Kandungan CMCF, tindakan lanjut mungkin boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
Para pengguna boleh juga merujuk kepada CMCF untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawalan kendiri di platform media sosial. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan persekitaran media sosial yang diakses oleh anak anda selamat. Walau bagaimanapun, ianya bermula daripada tindakan dan pemantauan ibu bapa supaya golongan yang lebih muda tidak pernah sesekali terdedah kepada kandungan yang tidak sepatutnya.
Mungkin sesekali kita terlepas kandungan yang manakah boleh memberi impak negatif kepada anak-anak. Sekiranya berlaku sebegini, anda boleh merujuk Kod Kandungan yang telahpun disediakan oleh CMCF supaya menjadi panduan orang ramai termasuk ibu bapa.
The post Bimbang Kandungan Lucah Mudah Diakses, Ibu Bapa Wajib Buat ‘Setting’ Ini Pada Phone Anak appeared first on Siakap Keli.



