Bimbing penduduk jalani aktiviti sihat – Jahid

21 Feb 2024 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Pemimpin masyarakat diseru sentiasa mengajak rakyat di kawasan masing-masing untuk menjauhkan diri daripada perkara yang melanggar akhlak dan sifat-sifat murni.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, pemimpin masyarakat harus bekerjasama membantu pihak keselamatan untuk membimbing rakyat di kawasan masing-masing agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat.

“Kepada pemimpin semua, kamulah yang menjadi harapan semua untuk memberi maklumat jelas kepada rakyat mengenai aspek keselamatan dan kesalahan jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program High Profile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bertemu Pelanggan dan Dialog Ketua Polis Daerah Bersama Komuniti Daerah Tuaran di Dewan Tun Hamdan Tamparuli di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging; Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tuaran, ASP M Sol Majaul dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Jahid merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata, program tersebut dilihat sebagai platform terbaik untuk kedua-dua pihak saling mengenali dan mampu berkolaborasi agar penyaluran maklumat akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pemimpin yang hadir agar memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program terutamanya dalam sesi dialog bersama PDRM.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran kerana mengambil inisiatif dan daya usaha mendekati pemimpin masyarakat menerusi program ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Noraidin Ag Maidin berkata, antara objektif program tersebut adalah bagi memupuk kerjasama di antara PDRM dan pemimpin masyarakat kerana tanggungjawab membanteras jenayah seharusnya dipikul bersama.

“Penglibatan pemimpin masyarakat tempatan amat kami perlukan, sesuai dengan slogan PDRM iaitu ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article