[VIDEO] Redah sungai, selamatkan anjing

LocalEntertainment
10 Nov 2019 • 12:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KAJANG - Seorang kakitangan Persatuan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR) dianggap sebagai 'hero' kerana berjaya menyelamatkan seekor anjing di Sungai Langat, di sini.

Rakaman durasi 3 minit 22 saat dimuat naik di laman Facebook (MIAR) itu memaparkan kakitangan itu berada dalam sungai dengan menggendong seekor anjing bernama Shih Tzu.

Status Facebook juga memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan bagaimana anjing itu berada di dalam sungai, sama ada ia terjatuh atau dibuang

Pihak MIAR memberitahu, keadaan Shih Tzu tidak begitu baik kerana mengalami demam dan masalah mata.

Netizen yang teruja dengan penemuan Shih Tzu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MIAR kerana berjaya menyelamatkan anjing itu.

Ini kerana paras air sungai akan meningkat bila-bila masa, sekali gus boleh mengorbankan nyawa haiwan tersebut.

Dalam pada itu, MIAR juga menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan demi memelihara kebajikan haiwan yang tidak memiliki pemiliknya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved