Binance Didenda $4.3 Bilion Dan CEO Dipaksa Letak Jawatan

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform bursa mata wang kripto Binance telah mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan melanggar sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Bagi menyelesaikan kes dengan SEC serta Jabatan Keadilan Amerika, Binance mengaku bersalah serta dikenakan denda berjumlah $4.3 bilion (~RM20 bilion).

Pada waktu yang sama CEO Binance, Changpeng Zhao meletakkan jawatan dan didenda $50 juta. Beliau dalam proses rayuan turut mengaku bersalah dan berhadapan penjara sehingga 18 bulan. Pengumuman peletakan jawatan dilakukan sendiri oleh Changpeng Zhao atau lebih dikenali sebagai CZ menggunakan akaun media sosial beliau. CZ juga tidak lagi boleh memegang sebarang jawatan di dalam Binance selepas ini.

Beliau mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan ketika mengetuai Binance. Antaranya ialah memproses mata wang kripto antara Amerika Syarikat dan Iran bernilai $848 juta. Iran dikenakan sekatan ekonomi oleh A.S sejak 1980 atas pelbagai sebab.