Bing Chat Kini Boleh Digunakan Pada Chrome

TechnologyDigital
25 Jul 2023 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak bulan lepas Microsoft mula bereksperimen ciri Bing Chat pada pelayar web lain selain Microsft Edge. Terkini 9to5Google melaporkan Bing Chat sudahpun boleh digunakan pada pelayar web Google Chrome. Walaupun begitu, ia tidak hadir dengan ciri penuh kerana Microsoft telah meletakkan had penggunaan.

image is not available
Bing Chat pada Chrome

Pertama sekali Bing Chat di Chrome hanya menyokong sehingga lima perbualan dalam satu sesi. Kemudian Microsoft hanya membenarkan 2000 aksara berbanding 4000 aksara pada Edge. Dalam cubaan saya sendiri, Bing Chat pada Chrome tidak menyokong bahasa Melayu seperti di Edge.

image is not available
Bing Chat pada Edge

Di Chrome, Bing turut mengeluarkan tetingkap terapung untuk “Bual Sekarang” yang mana apabila ditekan akan membuka Microsoft Edge atau bagi yang belum memasangnya akan ke laman muat turun Edge.