Bing Search Juga Kini Memberikan Keputusan Carian Dengan Ringkasan AI

TechnologyDigital
25 Jul 2024 • 9:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bing kini mula menawarkan keputusan carian yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) yang mirip ciri AI Overview yang diperkenalkan sebelum ini oleh Google Search. Apabila carian dilakukan, keputusan carian dalam bentuk ringkasan yang dihasilkan AI akan diletakkan di atas sekali dengan pautan lain diletakkan di bawahnya.

image is not available

Di dalam ringkasan akan diletakkan pautan ke beberapa laman yang dirasakan relevan kepada carian yang dilakukan oleh pengguna. Dengan masih terdapat pautan kepada laman web, Bing berkata ia akan masih menjana klik untuk pemilik laman sumber maklumat bagi mengekalkan ekosistem sedia ada. Untuk menjana jawapan, Microsoft menggunakan model bahasa raya (LLM) dan juga model bahasa kecil (SLM) bagi memberikan keputusan carian yang lebih tepat.

Bing berkata ciri ini mula diberikan kepada sebilangan kecil pengguna bermula hari ini. Kami antara yang sudah mendapat akses dan mendapati selain Bahasa Inggeris, ia juga menyokong soalan yang diberikan dalam Bahasa Melayu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved