“Bingit Bunyi Ekzos!” – Penduduk Jalan Raja Muda Berang Mat Rempit Lumba Haram Setiap Minggu [Video]

LocalLifestyle
18 May 2026 • 6:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Bingit Bunyi Ekzos!” – Penduduk Jalan Raja Muda Berang Mat Rempit Lumba Haram Setiap Minggu [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dari dahulu lagi, isu mat rempit yang berlumba haram di jalan raya masih belum dapat diselesaikan. Apabila ditegur, ada sahaja dalam kalangan mereka yang bersuara, kononnya mereka tidak mengganggu orang.

Padahal realitinya, bunyi ekzos motosikal yang kuat dan bingit boleh membuatkan penduduk di kawasan sekitar murung dan berang.

Baca Artikel Berkaitan: Geng Anak Muda Letak Keranda Tepi Jalan Sebagai Peringatan Kepada Mat Rempit Jadi Perhatian [Video]

Wanita Sudah Tak Tahan, Mat Rempit Ganggu Kawasan Jalan Raja Muda Abdul Aziz

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Moon meluahkan rasa berang terhadap golongan mat rempit yang dikatakan setiap minggu mencetuskan onar di kawasan rumahnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di pusat bandar Kuala Lumpur.

Jelasnya, geng penunggang motosikal itu akan berlumba di kawasan rumahnya hingga menyebabkan penduduk di sana terganggu.

Kami penduduk di sekitar Jalan Raja Muda Abdul Aziz dah tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi. ​Setiap kali malam hujung minggu, kawasan rumah kami bertukar jadi litar lumba haram. Bunyi bingit ekzos diorang ni bukan setakat bising biasa, tapi dah tahap menggegar jantung!  

Pengguna Threads, Moon.

Mat Rempit Akan Lari Tiap Kali Hubungi Polis

Mungkin ada yang akan menyarankan agar penduduk menghubungi dan meminta bantuan pihak polis.

Namun dakwa Moon, penduduk sekitar sudah menghubungi polis hampir setiap minggu. Apa yang akan berlaku adalah geng mat rempit ini akan melarikan diri dan akan mengulangi perbuatan sama jika tiada pantauan dari pihak berkuasa.

Selain itu, penduduk juga didakwa sudah memohon agar pihak berkuasa menambah bonggol pada jalan terbabit. Bagaimanapun permintaan itu ditolak dengan alasan ia merupakan jalan utama.

Bunyi Ekzos Motosikal Ganggu Ketenteraman Pesakit Di Hospital Berdekatan

Dakwa Moon, bunyi ekzos bising dari motosikal bukan sahaja menggugat ketenteraman penduduk rumah, malah juga pesakit yang berada di hospital berhampiran seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN).

“Pesakit-pesakit dekat dalam tu perlukan ketenangan untuk sembuh, bukan bunyi ekzos macam nak runtuh langit!” katanya.

Wanita Dakwa Ibu Bersalin Rayu Agar Mat Rempit Henti Berlumba

Moon dalam masa sama turut berkongsi kisah seorang ibu yang baru sahaja bersalin yang terpaksa turun dari wad untuk meminta geng mat rempit tersebut supaya bersurai.

“Baru-baru ni, ada seorang ibu yang baru sangat lepas bersalin dan masih dalam fasa berpantang. Bayangkan, dalam keadaan badan belum sembuh, jam dua pagi, terpaksa turun ke jalan dengan hanya berkain batik, semata-mata nak merayu pada mat-mat rempit ni supaya bersurai sebab anak kecil dia menangis trauma terkejut bunyi bising.

“Di mana ihsan korang?! ​Kami dah penat. Kami dah stres. Kami pun pembayar cukai, penat sepanjang minggu dengan kerja, sekolah anak-anak. Kami berhak dapat tidur yang aman di rumah sendiri,” luahnya.

Wanita Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Demi Kesejahteraan Komuniti

Dalam hantaran sama, Moon berharap agar orang ramai menularkan isu ini sehingga pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) serta kementerian berkaitan boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap penunggang-penunggang motosikal terbabit.

“Jangan sampai ada nyawa yang melayang baru semua pihak nak buka mata. ​Kawan-kawan, tolong tekan butang share. Bantu kami suarakan isu ni demi keselamatan komuniti kami dan pesakit-pesakit di hospital berdekatan,” tambahnya.

View on Threads

Pejalan Kaki Hampir Dilanggar Kerana Mat Rempit Tak Berhenti Ketika Lampu Merah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Moon dan berkata bahawa mat rempit hanya mementingkan diri sendiri kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

“Saya sokong. Dah la zaman minyak tengah kritikal, diorang bazir minyak. Hubungi polis pun sampai rasa serba salah, macam polis tak ada kerja lain. Belum lagi diorang ni kuat menganjing. Tak la hebat mana, tapi susah jenis yang tak faham-faham, pentingkan diri sendiri dan tak bertimbang rasa. Kesian kadang-kadang bayi terkejut, tak masuk orang berusia lagi,” kata seorang wanita.

Seorang pengguna Threads pulak berkata dia sudah banyak kali hampir dilanggar kerana golongan mat rempit yang tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Benda ni memang jadi tiap hujung minggu. Nak lintas dekat laluan zebra antara KLCC ke Avenue K pun rasa macam gamble je nyawa sebab puak ni lampu merah pun tak berhenti. Dah beberapa kali dah hampir kena langgar tapi Tuhan masih jaga,” ujar seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Ni Selfish” – Ramai Bengang Penunggang Motosikal Selamba Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]

Netizen Harap Kerajaan Perketatkan Lagi Penguatkuasaan

Sementara itu, ramai berpandangan bahawa penguatkuasaan terhadap aktiviti membawa motosikal dengan berbahaya perlu diperketatkan.

“Nak basmi rempit kena ubah akta lapuk. Tukar dari sita kepada lupus. Selagi sita, diorang boleh ambil balik lepas tu ulang benda sama. Cuba lepas ni dapat (motosikal) terus lupus. Sekali dua memang tak rasa. Kena tiga ke empat kali beli motor, baru diorang ni akan berfikir,” kata seorang warganet.

View Original Article