“Bini aku mengandung 7 bulan, teruk cirit birit sakit perut” – Suami kesal, peniaga didakwa jual makanan basi

30 Jan 2024 • 12:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peniaga yang premisnya terletak di Bandar Mahkota Cheras didakwa sanggup jual makanan basi sehingga mengakibatkan ibu hamil mengalami cirit-birit yang teruk.

Tular di platform X apabila seorang pengguna dikenali Amirul Kalif meluahkan rasa tidak puas hati kerana peniaga di sebuah vendor sanggup jual makanan basi menerusi platform penghantaran makanan, Grabfood.

Peniaga sanggup jual makanan basi

Menerusi perkongsian ciapan tersebut, Amirul berkata, dia tidak kisah seandainya mana-mana peniaga menjual makanan tidak sedap.

Namun, tidak bagi mereka yang menjual makanan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada orang ramai semata-mata mengejar keuntungan.

“Aku boleh bertoleransi kalau makanan tak sedap, tapi bukan sampai basi dan bahayakan kesihatan.
“Bini (isteri) aku mengandung tujuh bulan, mengalami cirit-birit yang teruk disebabkan termakan makanan basi dari kedai ini,”luahnya.

image is not available

Dah buat aduan, tapi tetap sama…

Dalam hantaran yang sama, Amirul memaklumkan dia telah membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak plaftform penghantar makanan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan atau siasatan dilakukan kerana pihak penghantar makanan tersebut tidak boleh membuat sebarang justifikasi melalui hantaran gambar aduan.

“Kami sudah memfailkan aduan tapi tidak endah untuk menjalankan siasatan.
“Mereka (Grab) kata tak boleh ‘justify’ dan tak nak refund sebab ‘tak boleh justify melalui gambar’. Habis kau nak kami post makanan dekat HQ untuk staff bau ke?”soalnya.

image is not available

Amirul juga meluahkan rasa kasihan dan tidak sanggup melihat isterinya yang sarat hamil terpaksa menanggung kesakitan disebabkan makanan tersebut.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar isterinya kembali pulih seperti sedia kala.

image is not available

Ramai cakap benda yang sama!

Susulan itu, dia bertindak berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan maklum balas negatif sama seperti nasib menimpa dirinya dan isteri.

Dia juga berharap agar perkongsian tangkap layar mengenai maklum balas negatif itu dapat membuka mata pihak yang masih membenarkan vendor berkenaan menjalankan akvititi perniagaan di platform tersebut.

image is not available

image is not available

Takkan nak tunggu ada kes meninggal dunia?

Dia juga berharap agar banyak pihak peka dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis terutamanya agar tidak membuatkan keadaan bertambah rumit.

“Banyak sangat dah sumbat orang makanan basi, panaskan semula dan lama.
“Takkan nak kena ada kes keracunan makanan dan meninggal dunia baru nak jalan (lakukan siasatan,”tegasnya.

Sumber: X KalifPoi23