
Dah jadi satu perkara biasalah kan untuk isteri tiba-tiba mengidam nak makan atau nakkan sesuatu ketika mengandung?
Tapi apa perasaan korang kalau isteri korang mengidam nak bau minyak wangi teman lelaki? Macam mana korang nak tunaikan permintaan dia tu?
Suami dedah isteri mengidam bau minyak wangi ex boyfriend
Itulah luahan perasaan yang dikongsikan seorang lelaki selepas isterinya meminta untuk hidu bau wangian daripada bekas teman lelakinya yang dulu.
Tersedak I baca status ni. Pasrah je si suami suruh wife contact ex.
— Faa | MarhaenMy (@MarhaenMy) October 18, 2022
Dear husband sekalian, apa benda paling gila wife korang pernah mengidam??? pic.twitter.com/osGeJNa5sN
Menerusi ciapan yang tular di Twitter, lelaki tersebut mendedahkan bahawa berbagai-bagai minyak wangi sudah dibelinya bagi menunaikan hasrat isterinya itu namun tiada satu bau pun yang dikatakan sama dengan bau minyak wangi bekas teman lelaki isterinya itu.
Lebih mengejutkan, si isteri bertindak merajuk dan menarik muka kerana si suami tidak dapat menunaikan hasratnya itu.
“Mengidam but sumpahlah sampai macam ni?”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap si suami dan dalam masa yang sama merasakan ada sesuatu yang pelik dengan permintaan si isteri.




Pelik-pelik pula permintaan si isteri tu ya? Kalau korang akan tunaikan tak permintaan yang macam ni?
Kredit: Twitter MarhaenMy
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Bini Aku Punya Gila Dia Masa Mengandung…” – Suami Dedah Isteri Mengidam Nak Bau Minyak Wangi Ex Boyfriend appeared first on Oh! Media.

