Bintang Muzik Amerika Jerry Lee Lewis Mati Pada Usia 87 Tahun

EntertainmentMusic
29 Oct 2022 • 1:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jerry Lee Lewis meninggal dunia pada usia 87 tahun. - Gambar AFP

WASHINGTON - Penyanyi dan penulis lagu terkenal AS Jerry Lee Lewis meninggal dunia pada usia 87 tahun, Sputnik memetik laporan CNN pada Jumaat.

Pemuzik lagenda itu meninggal dunia di rumahnya di Mississippi, kata laporan itu yang memetik wakil Lewis Zach Farnum.

Isteri Lewis berada bersama pada saat kematiannya, tambah laporan itu.

Lewis dilahirkan pada 1938 di Louisiana dan memulakan kerjaya muziknya pada usia 18 tahun. Beliau merupakan antara pemuzik paling berpengaruh pada abad ke-20.

Beliau menerima empat anugerah Grammy, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy dan dua Anugerah Grammy Hall of Fame.

Pada 1986, Lewis disenaraikan dalam penghormatan Rock and Roll Hall of Fame. Beliau juga merupakan ahli Dewan Kemasyhuran Muzik Memphis. Pada 2022, Lewis disenarai dalam Dewan Kemasyhuran Muzik Country. - Bernama