Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa Hidap Kanser Tahap 3, Peminat Beri Semangat

EntertainmentHealth & Fitness
5 Feb 2026 • 11:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024.

Menurut laporan media Thailand, aktor itu mengalami kesakitan pada bahagian perut serta simptom jaundis sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan penyakit tersebut.

“Kanser itu berada pada tahap 3 menghampiri tahap 4 ketika dikesan, namun rawatan agresif termasuk pembedahan dan kemoterapi menunjukkan perkembangan positif,”maklum sumber terdekat.

image is not available

Tony Jaa Hidap Kanser Tahap 3

Laporan Channel 3 menyatakan keadaan Tony Jaa kini lebih stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

Kebimbangan peminat meningkat selepas beliau kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial, meskipun laman Facebook rasminya tidak menyebut mengenai penyakit berkenaan.

Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari, Tony Jaa hanya berkongsi mengenai penggambaran video muzik baharunya berjudul One More Round. Tony Jaa, atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, menyambut ulang tahun ke‑50 minggu ini.

Beliau meraih populariti global menerusi filem Ong Bak (2003) yang menonjolkan kehebatan Muay Thai, sekali gus membuka laluan ke industri filem Hong Kong dan Hollywood.

image is not available

Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga aktor itu menjaga beliau dengan baik, dan Tony Jaa kini memberi tumpuan kepada rawatan serta proses pemulihan.

Peminat dari seluruh dunia memenuhi ruangan media sosialnya dengan ucapan semangat dan doa agar beliau kembali pulih.

Sumber: Bangkok Post

The post Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa Hidap Kanser Tahap 3, Peminat Beri Semangat appeared first on Borak Daily.