Bintang popular di konsert pertabalan Raja Charles III

Entertainment
30 Apr 2023 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tom Cruise, Joan Collins

LONDON - Konsert sempena istiadat pertabalan Raja Charles III akan diserikan dengan penyertaan ramai bintang popular antaranya Tom Cruise, Joan Collins, Tom Jones, Bear Grylls, Oti Mabuse dan Winnie the Pooh.

Bintang pop Amerika Katy Perry dan Lionel Richie akan mengetuai sambutan itu yang juga bakal menampilkan persembahan beberapa bintang popular lain termasuk Steve Winwood, Take That, Andrea Bocelli, Bryn Terfel, Freya Ridings, Alexis Ffrench, Paloma Faith dan Tiwa Savage, lapor United Press International (UPI).

Konsert itu bakal berlangsung pada 7 Mei di pekarangan Istana Windsor dan akan disiarkan di seluruh platform televisyen, radio dan penstriman BBC. - Bernama

View Original Article