
Krisis Asia Barat menyebabkan bekalan bahan api global dunia terjejas teruk termasuk di Malaysia. Harga diesel pada waktu ini ialah RM 5.12 seliter berbanding RM 3.04 sebelum perang bermula. Kerajaan hari ini memutuskan biodiesel B15 mesti dihasilkan oleh 19 loji bermula 1 Jun 2026 sebagai usaha menurunkan harga diesel di Malaysia.

Ini hanyalah fasa pertama sebelum pengeluaran biodiesel B20 pula dikeluarkan dalam fasa seterusnya. Pelan jangka panjang ialah mengeluarkan biodiesel B50 dalam masa 2-3 tahun. Biodiesel ialah campuran minyak diesel dengan mintak sawit. Dalam B15 misalnya, ia terdiri daripada 15% minyak sawit.
B15 dan B20 boleh digunakan kenderaan diesel sedia anda tanpa pengubahsuaian atau pengubahsuaian minima pada enjin kenderaan. Campuran minyak sawit yang lebih tinggi menjadikan biodiesel lebih kelikatan, keasidan dan kandungan air yang lebih tinggi berbanding diesel biasa. Komponen getah dan penapis misalnya perlu diubahsuai sementara enjin perlu menjalani proses kalibrasi semula.
Biodiesel di Malaysia akan dihasilkan menggunakan bahan enapan dan s hasil sampingan daripada pemprosesan minyak sawit mentah supaya tidak mendatangkan impak pula ke atas harga minyak sawit,. Sebanyak 19 kilang biodiesel di Malaysia pada waktu ini mempunyai kapasiti pengeluaran 1.5 juta liter sebulan.





