Bisik Asmara – Sinopsis Drama, Pelakon, Waktu Tayangan, Lagu OST

Entertainment
19 Jan 2026 • 1:51 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bisik Asmara, drama terbaru TV3 yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 21 Januari 2026. Layari Astro Go & iQIYI Malaysia untuk menonton secara digital.

Drama 20 episod ini diterbitkan Saphire Screen di bawah arahan Jamal Khan, dengan Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Sophia Al-Barokah sebagai bintang utama.

Rujuk info penuh di bawah.

Sinopsis Drama Bisik Asmara

isik Asmara mengisahkan Noreen (Uqasha Senrose), seorang wanita kerjaya yang kelihatan berjaya dan tenang di luar, namun hidup dalam kesunyian yang tidak disedari orang sekeliling.

Kehadirannya dalam hidup Farhan (Zul Ariffin), rakan sekerja yang sedang berjauhan dengan isterinya, Sheila (Sophia AlBarakbah), membuka ruang hubungan yang pada awalnya berlandaskan simpati.

Namun apabila dua jiwa yang sunyi saling bergantung, batas mula kabur dan perasaan menjadi semakin rumit, memaksa mereka berdepan persoalan antara kesetiaan, keinginan dan akibat pilihan sendiri.

Drama ini turut dibarisi pelakon seperti Ruminah Sidek sebagai Umi, Nafiz Muaz sebagai Amirul, Nadia Brian sebagai Aida dan Wanns Ahmad sebagai Nizam.

image is not available

Senarai Pelakon & Watak

Berikut ialah senarai pelakon dan watak yang dipegang dalam drama Bisik Asmara:

PelakonWatak
Zul AriffinFarhan
Uqasha SenroseNoreen
Sophia Al-BarokahSheila
Ruminah SidekUmi
Nafiz MuazAmirul ​
Nadia BrianAida ​
Wanns AhmadNizam ​

Pelakon lain termasuk Syazuwan Hassan, Amanda Misbun, Zaki Azeman, Aleza Shadan, Arash Mohd dan Fadilah Mansor.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Waktu Tayangan

Bisik Asmara tayang setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3, bermula 21 Januari hingga 10 Februari 2026. Rujuk butiran berikut:

  • Waktu Tayangan: Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam
  • Slot: Samarinda TV3
  • Episod: 20

Episod tersedia secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran TV3, serta platform Tonton. Rancangan ini juga boleh diulang pada pagi hari selepas siaran utama.

@dramasangat

Gais ! Haritu min turun set #BisikAsmara ! Lanje sikit lah behind the scene untuk korang ! Boleh kannn 👀 #AkanDatang #DramaSangat #Samarinda

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Lagu Tema OST

Lagu tema rasmi ialah “Rayu Hatiku” nyanyian Adira Suhaimi, komposisi dan lirik Affan Mazlan.

Lirik lagu Rayu Hatiku, oleh Adira:

Tenggelam, dalam tangisanku menghitung pilu
Kau berlalu, membawa separuh dari hatiku
Hancur aku

Chorus
Jika kau lepaskanku pergi
Apalah makna diri ini
Seluruh cinta yang ku beri
Dengarlah rayu hatiku ini

Bodoh aku, kau memilih dia lebih dariku
Sedih rasa aku

*Chorus
Jika kau lepaskanku pergi
Apalah makna diri ini
Seluruh cinta yang ku beri
Dengarlah rayu hatiku ini

Bridge
(Rayu hati, demi cinta) 2x

Jika kau lepaskanku pergi
Apalah makna diri ini

*Chorus
Jika kau lepaskanku pergi
Apalah makna diri ini
Seluruh cinta yang ku beri
Dengarlah rayu hatiku ini

Biarlah saja aku
Mengalun jiwaku menjauh
Dan mungkin tiada ku merayu
Tuk cintamu

Promo Drama Bisik Asmara

@dramasangat

Be strong 💪🏻 Nantikan. #BisikAsmara #DramaSangat

♬ original sound – dramasangat – dramasangat
@iqiyi_malaysia

Ajak suami orang kahwin ye? Bisik Asmara AKAN DATANG, 21 Januari ini di aplikasi #IQIYI #BisikAsmara #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypage

♬ original sound – iQIYI Malaysia – iQIYI Malaysia

BACA JUGA:

Soalan Lazim Drama Bisik Asmara

Apa sinopsisi Drama Bisik Asmara?

Drama bersiri 20 episod ini mengisahkan kisah cinta terlarang antara Noreen dan Farhan, dihimpit kesunyian dan godaan emosi dalam perkahwinan moden. Diterbitkan Saphire Screen di bawah arahan Jamal Khan, ia menggantikan Susuk Rupawan di slot Samarinda TV3.

Bila Mula Tayang?

Tayangan bermula 21 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3, sehingga 10 Februari 2026. Episod boleh distrim di iQIYI satu jam selepas siaran TV dan platform Tonton.

Siapa Pelakon Utama?

Zul Ariffin memainkan Farhan, Uqasha Senrose sebagai Noreen, dan Sophia Al-Barokah sebagai Sheila. Pelakon sokongan termasuk Ruminah Sidek (Umi), Nafiz Muaz dan lain-lain.

Apa Lagu Tema Bisik Asmara?

“Rayu Hatiku” nyanyian Adira Suhaimi, komposisi Affan Mazlan.

Di Mana Boleh Tonton Drama Bisik Asmara?

Saksikan di TV3 slot Samarinda, strim iQIYI, Tonton atau saluran sosial @TV3Malaysia dan @dramasangat untuk highlight dan behind-the-scenes. Ulangan pagi tersedia selepas siaran utama.

View Original Article