Bising & Sering Sesak, Bukit Bintang Tersenarai Dalam Top 10 Lokasi Melancong ‘Overrated’ Di Asia

LocalTravel
14 Oct 2024 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan buat para pelancong melawat Bukit Bintang jika berada di Kuala Lumpur kerana banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan Times of India, Bukit Bintang berada dalam senarai salah satu lokasi melancong yang ‘overrated’ di Asia.

image is not available

Antara 10 destinasi melancong yang tersenarai dalam senarai tersebut adalah Phuket, Bali, Great Wall of China, Baga Beach, Halong Bay, Angkor Wat, Mount Fuji, Ubud, Taj Mahal dan Bukit Bintang.

Bukit Bintang berada di tangga ke 10 lokasi melancong yang ‘overrated’ kerana dikritik terlalu sesak dengan orang, bisnes komersial yang berlebihan serta tidak mencapai ekspektasi pelancong.

image is not available

Menurut pelancong, Bukit Bintang sering dipenuhi dengan orang ramai hingga kawasan tersebut menjadi sesak, sama ada tempat pejalan kaki, mahupun trafik.

Dalam pada masa yang sama, pelancong turut merasakan kawasan terbabit terlalu bising, yang mana sukar membuatkan kawasan berkenaan dalam keadaan aman.

image is not available 4 days ago

"Banyak Lagi Tempat Menarik.." - Mat Saleh Luah Kuala Lumpur Tak Menggambarkan Malaysia Sebenar, Ini Kata Netizen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved