"Bisnes Belon Panas Juga Untung!" - Engku Emran Bercerai Lagi, Bakal Bergelar Duda Terhangat Di Pasaran

22 Sep 2023 • 5:35 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Meleraikan teka-teki ramai, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan bakal bercerai dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam waktu terdekat.

Nabila atau nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd. Noor berkata, dia nekad untuk tidak lagi memegang status sebagai isteri kepada lelaki itu.

image is not available

“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya kepada Kosmo! Online.

image is not available

Katanya, alasan mengapa dia memilih untuk berdiam diri selama ini adalah kerana enggan kisah rumah tangganya menjadi sorotan orang ramai.

Bagaimamapun kata Noor Nabila, 39, dia berharap agar perceraiannya dengan Engku Emran berjalan dengan baik dan masing-masing dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya, kami tak mampu jadi pasangan seperti itu,” katanya yang reda dengan takdir hidupnya sekali lagi gagal dalam perkahwinan.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah.

Mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung dan bakal bercerai.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021.

Sebelum memperisterikan Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan primadona Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Usahawan itu juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

image is not available

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved