Bisnes Durian Merosot, Pemuda Maut Terjatuh Tingkat Empat

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2025 • 11:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemuda berusia 23 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat tempat letak kereta Plaza Melaka Raya, Banda Hilir, pada Selasa.

Peniaga durian mengadu tertekan disebabkan jualan merosot

Menurut laporan Malaysia Gazette, mangsa ditemui tidak bernyawa di atas jalan oleh orang awam sekitar jam 12.40 tengah hari. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan yang dialaminya selepas bisnes durian miliknya dikatakan merosot sejak beberapa hari lalu.

image is not available

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan, sebelum kejadian, mangsa yang menjalankan perniagaan di kawasan Bukit Cina keluar makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Kota Laksamana.

“Menurut teman wanitanya, mangsa sering mengadu berasa sedih dan tertekan sejak tiga hingga empat hari lalu akibat jualan yang menurun. Ketika makan, mangsa tidak menyentuh hidangan dan hanya membungkus makanan itu sebelum membawa kekasihnya menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke Plaza Melaka Raya,” katanya.

image is not available

Beliau berkata, sebaik tiba di tingkat empat plaza berkenaan, mangsa memberitahu mahu ke tandas namun secara tiba-tiba berlari sebelum terjatuh dari bangunan tersebut.

“Teman wanitanya tidak sempat menghalang. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Melaka. Hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

View Original Article