Bisnes laksa, cendol jadi jalan bagi wanita bantu ekonomi keluarga

LocalFood
8 Aug 2026 • 8:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bisnes laksa, cendol jadi jalan bagi wanita bantu ekonomi keluarga

Image from: Bisnes laksa, cendol jadi jalan bagi wanita bantu ekonomi keluarga

PARIT – Laksa dan cendol yang diusahakan oleh seorang wanita di Kampung Tanjung Gelugor di Bota Kanan, di sini cukup popular dalam kalangan komuniti setempat sehingga menjadi punca pendapatan utama usahawan tersebut.

Menurut Zurina Zamri, 51, dia tidak menyangka air tangannya itu membolehkannya meningkatkan pendapatan keluarga, sekali gus meringankan beban yang ditanggung suami.

Katanya, dia berniaga laksa dan cendol secara mingguan sejak tahun 2024, biasanya untuk tempahan kenduri di kawasan sekitar.

“Alhamdulillah, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Bukan hanya kenduri, malah agensi-agensi kerajaan turut memberi sokongan terhadap perniagaan ini.

“Musim perayaan juga memberikan rezeki tambahan kepada saya kerana banyak tempahan diterima pada waktu berkenaan. Kini pendapatan sebulan boleh mencecah RM4,000 bergantung kepada jumlah tempahan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Zurina berkata, bimbingan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menerusi program Proper A amat membantu dalam menguruskan perniagaan tersebut.

Kata ibu kepada lima orang anak itu, dia mengikuti kursus pembuatan biskut raya dan produk sejuk beku Proper A pada 2019, selain turut menerima bantuan daripada MAIPk dari segi peralatan berniaga seperti peti sejuk beku dan mixer.

“Saya memanfaatkan ilmu serta barangan diterima untuk menghasilkap produk sejuk beku seperti karipap, donut, kuih kasturi dan pekasam daging.

“Ketika itu, produk paling laku ialah pekasam daging terutama­nya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jualannya pernah mencecah lebih 2,000 bungkus pada lima bulan pertama 2021,” jelasnya.

Katanya, semua produk itu dihasilkan secara sepenuh masa sehinggalah 2024 apabila dia mula menjual laksa dan cendol.

“Dari semasa ke semasa saya turut membuka tempahan set cendol pada hari biasa. Syukurlah komuniti setempat banyak memberikan sokongan terhadap perniagaan ini.

“Saya memanfaatkan media sosial bagi mempromosikan produk dihasilkan. Respons untuk tempahan memang cepat daripada pe­langgan sejurus makanan diiklankan di media sosial,” katanya.

Program Proper A MAIPk menepati flagship pelan Perak Sejahtera 2030 cetusan berwawasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan & Pembelajaran Sepanjang Hayat.

 

The post Bisnes laksa, cendol jadi jalan bagi wanita bantu ekonomi keluarga appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved