Bitcoin $76,000: Adakah Ini Permulaan ATH Baharu Pada Bulan Mac?

WorldBusiness & Finance
17 Mar 2026 • 9:04 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Pasaran mata wang kripto mempamerkan prestasi luar biasa pada hari Selasa, 17 Mac, apabila Bitcoin (BTC) berjaya mencecah paras tertinggi $76,000. Waima begitu, paras harga tersebut tidak dapa bertahan lama dan kini didagangkan pada paras $73,000. Lonjakan ini menandakan tahap harga tertinggi sejak awal Februari, mencerminkan keyakinan pelabur yang kembali pulih selepas ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah minggu lalu.

Walaupun Bitcoin menghadapi rintangan di paras puncak dan mengalami pembetulan ke $74,000, dominasi pasaran aset tersebut masih bergelut di bawah 57%. Ini memberi ruang kepada altcoin untuk mencatatkan keuntungan yang lebih besar, dengan Ethereum (ETH) kekal teguh di atas paras $2,300 manakala XRP melonjak sehingga $1.60 sebelum stabil di $1.50.

Prestasi paling menonjol pada sesi ini datang daripada altcoin bermodal kecil dan sederhana. Zcash (ZEC) dan M masing-masing mencatatkan lonjakan sebanyak 16%, secara tidak langsung meletakkan harga masing-masing pada $270 dan $1.72. Token berasaskan AI seperti FET dan aset lain seperti SIREN serta HASH turut mencatatkan pertumbuhan dua digit.

XRP secara rasmi telah mengatasi BNB dalam kedudukan modal pasaran, didorong oleh momentum pembelian yang kuat sejak awal minggu perniagaan. Sementara itu, token HYPE berjaya menuntut semula paras $40, menunjukkan pemulihan sentimen dalam kalangan pedagang aset berisiko.

Disebalik momentum kenaikan pasaran secara umum, Pi Network (PI) mencatatkan prestasi negatif dengan kejatuhan nilai sebanyak 10%. Secara keseluruhan, modal pasaran kripto global kini mencecah lebih $2.6 trilion, merupakan satu peningkatan yang signifikan dalam tempoh 24 jam yang mencerminkan aliran masuk modal baharu ke dalam ekosistem digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved