Bitcoin Bernilai $15 billion Dirampas Amerika Kerana Terlibat Dengan Penipuan Penyembelihan Khinzir

WorldBusiness & Finance
16 Oct 2025 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penipuan “Penyembelihan Khinzir” ialah terma yang menjadi popular tahun lalu apabila jutaan akaun yang digunakan oleh sindiket dipadam oleh Meta dan kerajaan Thailand memotong bekalan elektrik ke Myanmar yang menjadi lubuk aktiviti ini dilakukan. Minggu ini Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) mengumumkan mereka merampas Bitcoin bernilai $15 bilion (~RM 63 bilion) daripada dompet kripto yang digunakan oleh sindiket yang beroperasi di Kemboja.

image is not available

Bitcoin dimiliki oleh, Chen Zhi yang mengetuai Prince Group. Dari luar Prince Group yang ditubuhkan pada tahun 2015 beroperasi sebagai sebuah syarikat hartanah dan kewangan tetapi ia semua hanyalah helah untuk menutup operasi sebenar melakukan penipuan atas talian.

Selain menipu mangsa menggunakan teknik “menyembelih khinzir”, Prince Group juga terlibat dengan jenayah perdagangan manusia dengan individu yang ditipu dengan pekerjaan mewah ditahan untuk menjadi hamba melakukan operasi.

Penipuan penyembelihan khinzir menerima namanya kerana mangsa akan dibela oleh penjenayah di peringkat awal sebelum ditipu dengan meminta wang dalam jumlah besar diserahkan sama seperti bagaimana petani menjaga khinzir yang kemudiannya disembelih.