Bitcoin Bertahan di $92K – Isyarat ‘Buy the Dip’ Semakin Jelas?

Business & FinanceDigital
20 Jan 2026 • 4:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Bitcoin berjaya bertahan di paras sekitar $92,000 selepas mengalami penurunan singkat awal minggu ini, menguatkan hujah bahawa ramai pedagang melihat kejatuhan tersebut sebagai peluang untuk membeli, bukannya isyarat untuk keluar pasaran.

Pada pukul 2:43 petang ini, harga Bitcoin dibuka pada $91,002 dan naik pada paras 0.04% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia

Penurunan daripada sekitar $95,300 ke $91,800 mencetuskan kira-kira $233 juta dalam kecairan posisi long, kerana pedagang berleveraj tinggi terpaksa menutup dagangan mereka. 

Namun, langkah ini lebih dilihat sebagai ‘pembersihan’ pasaran daripada tanda kelemahan besar Bitcoin.

Sentimen pasaran kini juga lebih tenang berbanding sebelum ini. Sebelum ini, ramai pelabur terlalu yakin harga akan terus naik. 

Sekarang, keyakinan sudah berkurang tetapi ini lah  yang sebenarnya dianggap lebih sihat untuk pasaran dalam jangka panjang.

Data pasaran menunjukkan bahawa jumlah dagangan berleveraj aktif telah menurun kembali ke paras awal tahun, bermakna ramai pedagang berisiko tinggi sudah keluar. 

Pada masa sama, tidak ramai yang bertaruh bahawa harga akan jatuh lebih jauh.

Dari segi carta harga, kawasan sekitar $92,000 hingga $93,000 dilihat sebagai zon sokongan penting. 

Malah, sekitar $250 juta posisi beli baharu dibuka berhampiran $92,000, menunjukkan minat membeli masih kuat.

Jika Bitcoin mampu kekal di atas $90,000, peluang untuk naik semula ke $100,000 masih terbuka, terutamanya apabila pasaran Amerika Syarikat kembali aktif.