Bitcoin Gagal Tembus $79K! Bedilan Peluru Berpandu A.S.-Iran Punca Kripto ‘Berdarah’?

Business & Finance
2 Sep 2026 • 9:40 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bitcoin Gagal Tembus $79K! Bedilan Peluru Berpandu A.S.-Iran Punca Kripto ‘Berdarah’?

Pasaran mata wang kripto mengalami tekanan jualan ketara apabila harga Bitcoin (BTC) ditolak pada paras rintangan $79,000 sebelum merosot ke bawah $76,500. Secara tidak langsung mencatatkan paras terendah dalam tempoh 10 hari. Pembetulan harga ini dipacu oleh peningkatan ketegangan geopolitik susulan siri serangan ketenteraan baharu antara tentera Amerika Syarikat (A.S.) dan Iran di Timur Tengah.

Sebelum penurunan ini, Bitcoin sempat mencatatkan lonjakan melebihi $81,000 hasil lonjakan sejak pertengahan Ogos, sebelum momentum terbantut susulan ucapan hawkish Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Kevin Warsh di Jackson Hole. Percubaan pelabur untuk menolak semula harga ke paras $79,000 pada awal minggu ini gagal bertahan apabila laporan serangan baharu di rantau Teluk mengurangkan selera risiko global, mengheret modal pasaran kripto keseluruhan turun kepada $2.6 trilion.

Kebanyakan altcoin bermodal besar turut merosot ke zon merah, dengan Ethereum susut di bawah $2,400, Solana berundur ke bawah $100, dan XRP tergelincir dari paras $1.35. Sungguhpun demikian, segelintir altcoin mencatatkan kenaikan menongkah arus pasaran, diterajui oleh Uniswap (UNI) yang melonjak hampir 10% melepasi $6.2, selain Filecoin (FIL) dan BTW yang merekodkan kenaikan dua digit.

Di peringkat dasar monetari A.S., Presiden Fed New York John Williams tampil meredakan kegelisahan pasaran hutang dengan menegaskan bahawa lonjakan hasil bon jangka panjang mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan bukannya panik inflasi. Beliau menjelaskan bahawa permintaan modal bagi membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjadi enjin utama yang menolak kos pinjaman naik.

Walaupun mengakui bahawa perang Timur Tengah dan tarif perdagangan mengekalkan inflasi di atas sasaran 2%, Williams menegaskan jangkaan inflasi jangka panjang kekal terkawal tanpa kesan pusingan kedua. Beliau menyokong pendirian dasar monetari semasa dan menegaskan keperluan menilai data ekonomi tambahan sebelum menetapkan undian pada mesyuarat FOMC September ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved