
Bitcoin kekal bertahan di atas paras AS$83,000 selepas mengalami pergerakan tidak menentu dalam tempoh 24 jam, dengan harga bergerak antara AS$82,807 hingga AS$84,545.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$83,412 menyusut 0.26% sejak pembukaan sesi Asia pada Rabu.
Pergerakan Bitcoin berlaku ketika pasaran terus memberi perhatian kepada ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, selain kenaikan harga minyak mentah yang memberi tekanan kepada aset berisiko.
Bitcoin Berdepan Reversal Mendadak
Bitcoin pada awalnya cuba pulih selepas susut ke AS$82,555 pada Isnin, iaitu paras terendah dalam tempoh seminggu.
Harga kemudian kembali melepasi AS$84,000, namun gagal mengekalkan paras tersebut sebelum susut semula. Bitcoin bergerak dalam julat AS$83,600 hingga AS$83,100 selama beberapa jam sebelum tekanan jualan membawa harga ke paras terendah AS$82,807.
Selepas itu, Bitcoin kembali meningkat dan melepasi AS$83,500 pada sekitar 2 pagi waktu Timur AS sebelum mencecah paras tertinggi AS$84,545 kira-kira tujuh jam kemudian.
Bagaimanapun, kenaikan tersebut sekali lagi gagal dikekalkan apabila Bitcoin kembali didagangkan sekitar AS$83,150.
Harga Minyak Hadkan Momentum Bitcoin
Kenaikan harga minyak mentah turut menjadi antara faktor yang mengehadkan momentum Bitcoin selepas aset kripto itu sebelum ini berjaya melepasi paras AS$87,000.
Harga minyak Brent meningkat susulan ketegangan berkaitan AS dan Iran serta kebimbangan terhadap Selat Hormuz. Walaupun harga minyak susut sedikit dalam beberapa jam terakhir, ia masih mencatat kenaikan berbanding minggu sebelumnya.
Menurut penganalisis pasaran kanan Capital.com, Kyle Rodda, kenaikan harga minyak memberi tekanan kepada aset yang tidak menghasilkan pendapatan seperti Bitcoin.
Beliau bagaimanapun melihat struktur teknikal Bitcoin masih menunjukkan keadaan yang agak positif, dengan pergerakan semasa lebih menggambarkan konsolidasi dalam trend menaik jangka pendek.
Hasil Bon Dan Dolar AS Jadi Perhatian
Bitcoin turut berdepan tekanan daripada hasil bon AS yang lebih tinggi, dolar AS yang mengukuh serta keadaan geopolitik yang tidak menentu.
Menurut pengasas dan rakan pengurusan Moon Pursuit Capital, Utkarsh Ahuja, Bitcoin kekal sensitif terhadap keadaan kecairan dan kedudukan pelabur.
Beliau berkata keadaan kewangan yang lebih ketat boleh memberi tekanan kepada aset digital, manakala penggunaan leverage boleh menyebabkan pergerakan harga menjadi lebih ketara apabila berlaku perubahan sentimen dalam pasaran.
Sekiranya hasil bon kekal tinggi dan dolar AS terus mengukuh, tekanan terhadap Bitcoin boleh berlanjutan. Sebaliknya, perubahan semula dalam keadaan tersebut selepas kedudukan leverage dikurangkan boleh mencetuskan pemulihan pantas dalam pasaran kripto.
Liquidation Bitcoin Kekal Terkawal
Data Coinglass menunjukkan sekitar AS$78 juta posisi Bitcoin dilikuidasi pada Selasa, dengan posisi short yang dilikuidasi melebihi AS$44 juta.
Bagi keseluruhan pasaran kripto pula, sekitar AS$195 juta posisi long dilikuidasi berbanding kira-kira AS$125 juta posisi short.
Keadaan tersebut menunjukkan turun naik masih tinggi dalam pasaran, namun tekanan liquidation Bitcoin masih belum berada pada tahap yang terlalu besar.
Aliran ETF Masih Sokong Bitcoin
Momentum Bitcoin sebelum ini turut mendapat sokongan daripada aliran masuk ETF spot, kecairan Treasury AS dan peningkatan minat pelabur runcit.
Namun, peningkatan risiko geopolitik dan harga tenaga menyebabkan sebahagian momentum tersebut terhenti apabila pelabur kembali memberi tumpuan kepada aset yang dianggap lebih selamat.
Keadaan makro ketika ini menyebabkan Bitcoin sukar meneruskan kenaikan walaupun permintaan daripada beberapa saluran pelaburan masih menjadi sokongan.
INTRADAY OUTLOOK
[chart pair=”btcusd” period=”D1″]
Bitcoin masih berada dalam fasa konsolidasi selepas gagal mengekalkan kenaikan di atas AS$84,000 dan AS$84,500.
Selagi harga bertahan di atas AS$82,800, struktur jangka pendek masih mempunyai ruang untuk pemulihan semula ke arah AS$84,000 hingga AS$84,500.
Namun, kegagalan bertahan di atas AS$82,800 boleh meningkatkan tekanan jualan, terutama jika harga minyak dan hasil bon AS terus meningkat.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM
HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.






