Bitcoin Mencapai Nilai Tertinggi Dalam Sejarah Melebihi $124,000

TechnologyBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 2:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nilai mata wang kripto Bitcoin mencecah $124,157 (~RM 521,149) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah. Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar $86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $123,000 dua minggu yang lalu.

image is not available

Peningkatan nilai Bitcoin hari ini adalah disebabkan keputusan Amerika Syarikat menyokong aset digital digunakan untuk simpanan persaraan menandakan kerajaan bersedia menyokong wang kripto sepenuhnya. Sejak April tahun ini, nilai Bitcoin meningkat lebih 30%. Walaupun nilai tertinggi dalam sejarah berjaya dicatatkan beberapa jam lalu, nilainya kini kembali susut ke sekitar $122,000 pada waktu artikel ini ditulis.