Fon Telinga Pembatalan Hingar Oppo Enco Q1 Diumumkan

TechnologyDigital
20 Aug 2019 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo memulakan operasi sebagai syarikat audio berkualiti tinggi di China sebelum berkecimpung di dalam penghasilan telefon pintar. Ini menyebabkan perniagaan audio dan blu-ray ditutup pada tahun 2018. Walaupun baru berusia 18 tahun, ia kini adalah jenama yang cukup popular di Asia Tenggar dan China. Semalam Oppo Enco Q1 diumumkan dan menunjukkan kepakaran mereka dalam penghasilan aksesori audio.

image is not available
Oppo Enco Q1 ialah fon telinga nirwayar bluetooth dengan sistem pembatalan hingar aktif. Ia mempunyai rekaan gelung leher dengan fon telinga dalam-telinga. Empat mikrofon digunakan bagi membolehkan pembatalan hingar yang berkesan dilakukan apabila digunakan. Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh pelancaran diumumkan pada waktu ini tetapi ia ditawarkan dengan warna oren, putih dan hitam.